Malaysia Oversight

Ryt Bank Dilancarkan – Bank Digital Konvensional Dengan Fokus Terhadap Integrasi AI

By Amanz in August 25, 2025 – Reading time 1 minute
Ryt Bank Dilancarkan – Bank Digital Konvensional Dengan Fokus Terhadap Integrasi AI


Ryt Bank Dilancarkan – Bank Digital Konvensional Dengan Fokus Terhadap Integrasi AI

August 25, 2025
Kewangan

Aman

YTL Group dan SEA Limited hari ini secara rasminya mengumumkan pelancaran bank digital mereka, iaitu Ryt Bank. Bank digital ini dikatakan sebagai bank pertama di dunia yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan. Ryt Bank merupakan bank digital kelima di Malaysia dan terakhir selepas GX Bank, AEON Bank, Boost Bank, dan juga KAF Digital Bank sebelum ini.

Ryt Bank

Dengan integrasi kecerdasan buatan, pengguna boleh berbual dengan Ryt AI untuk tujuan transaksi, termasuk dengan menghantar gambar dan menyuruh ia melakukan transaksi. Pelbagai ruangan akan diisi secara automatik berasaskan kepada gambar berkenaan, dan meminta pengguna melakukan pengesahan akhir.

Ryt AI

Sempena pengenalan ini, Ryt Bank menjanjikan pulangan sehingga 4% setahun, disamping menawarkan Ryt PayLater yang memberikan kredit segera sehingga RM1499 sebagai permulaan. Pengguna turut boleh memohon kad Ryt hasil kerjasama Visa, yang membolehkan pengguna mengeluarkan wang tunai daripada ATM seluruh negara tanpa caj.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Ryt Bank ini, dan menggunakannya dalam transaksi. Untuk makluman, perkhidmatan perbankan ini adalah konvensional dan bukannya patuh syariah.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link