ONE XOX Mengemaskini Logo – Kini Menggunakan Warna Tema Kuning
Aman
Selain TuneTalk yang memperkenalkan kemaskini kecil pada logo mereka, ONE XOX turut dilihat telah mengemaskini logo mereka menggunakan muka taip moden dan juga perubahan pada warna tema utama.

ONE XOX kini menggunakan warna kuning sebagai warna utama. ONE XOX mengatakan ia merupakan permulaan era baharu, dan bukan setakat jenama telekomunikasi sahaja, tetapi lebih daripada itu. Penjenamaan ini juga dikatakan memberikan gambaran untuk bergerak lebih pantas dan bercita-cita lebih tinggi, dengan fokus terhadap pengguna.
Perubahan dengan penggunaan logo dan warna baharu dilihat telah mula diimplementasi pada beberapa pemasaran dan perkongsian sosial mereka.
Bagi anda, apa kata anda dengan logo ONE XOX baharu ini?

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.