Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu lagi gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 berlaku di Kluang, Johor, pada jam 9 pagi tadi.
Ini merupakan kejadian seismik kedua yang dikesan di Johor hari ini, hanya tiga jam selepas insiden pertama berlaku berhampiran Segamat awal pagi tadi.
MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan gempa berpusat pada koordinat 2.2 darjah Utara dan 103.1 darjah Timur, iaitu kira-kira 28 kilometer barat laut Kluang, dengan kedalaman 10 kilometer.
Gegaran turut dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan selatan Pahang.
MetMalaysia berkata pihaknya akan terus memantau keadaan tersebut dari semasa ke semasa.






