Malaysia Oversight

Mahkamah arah Saifuddin bayar RM670,000 kerana fitnah Sanusi

By MkiniBM in August 24, 2025 – Reading time 1 minute
Mahkamah arah Saifuddin bayar RM670,000 kerana fitnah Sanusi


Mahkamah Tinggi Alor Setar memutuskan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail telah memfitnah Menteri Besar Kedah, Muhammad Md Nor.

Susulan keputusan itu hari ini, Hakim John Lee Kien How @ Mohamad Johan Lee memerintahkan Saifuddin membayar kepada ganti rugi am sebanyak RM600,000 dan kos berjumlah RM70,000.

“Mahkamah mendapati bahawa perkataan ‘pencuri’ memberikan impak jenayah ke atas kenyataan itu. Keseluruhan kenyataan itu bermula dengan imej operasi polis yang berterusan untuk menangkap pelaku kecurian REE.

“Mahkamah mendapati bahawa Kenyataan Marris merujuk kepada plaintif. Maksud memfitnah frasa ‘menyalahi semua tatakelola kewangan ‘ dengan jelas mengimputasikan plaintif telah melakukan salah urus kewangan yang, di mana defendan menguatkan perkara itu dengan memetik Ketua Audit Negara dalam kenyataannya,” kata hakim.

memfailkan saman terhadap Saifuddin berhubung fitnah bahawa menteri besar Kedah itu mencuri unsur nadir bumi (REE) dan penyelewengan wang peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).

[Berita penuh menyusul]



Source link