Malaysia Oversight

Gempa bumi magnitud 4.1 dirasai di Selatan Semenanjung

By MkiniBM in August 24, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Gegaran gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 yang berlaku di Segamat, Johor pada 6.13 pagi tadi turut dirasai penduduk di Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa terletak lima kilometer barat Segamat pada kedalaman 10 kilometer.

Beliau berkata pihaknya akan terus memantau keadaan berkenaan.

Terdahulu, Johor menasihati orang ramai agar menjauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa, susulan gegaran gempa bumi lemah berkenaan.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz berkata beliau telah berhubung dengan Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin dan dimaklumkan bahawa setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.

Bernama



Source link