Malaysia Oversight

TIDAK RASMI: BN terus mendahului, majoriti 2,139 undi

By Utusan in April 26, 2025 – Reading time 1 minute
TIDAK RASMI: BN terus mendahului, majoriti 2,139 undi


TAPAH: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan Barisan Nasional () mendahului dengan majoriti 2,139 undi.

Setakat jam 7.17 petang, sebanyak enam daripada keseluruhan 67 saluran telah dikira sepenuhnya.

Calon , Dr. Mohamad Yusri Bakir memperolehi 4,097 undi diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Abd. Muhaimin Malek (1,958 undi) dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), (276 undi).

Keputusan tidak rasmi tersebut dipaparkan di Pusat Gerakan di Kampung Haji Tahir di sini.

Peratusan pemilih yang keluar mengundi pada PRK DUN Ayer Kuning sebanyak 58 peratus. – UTUSAN





Source link