Codecademy Kini Memudahkan Anda Mempelajari Asas Sempoicara
August 22, 2025
Web 2.0
Aman
Pekembangan arena kecerdasan buatan turut membawa kepada sokongan janaan kod pengaturcaraan melalui sempoicara. Pengguna hanya perlu memberikan arahan dalam bentuk teks, dan model kecerdasan buatan akan membangunkan web atau aplikasi yang berkaitan.

Selari dengan perkembangan ini, kini Codecademy yang menawarkan pelbagai kemudahan pembelajaran atas-talian, turut hadi dengan kursus pengenalan kepada sempoicara melalui “Intro to Vibe Coding”.
Ia menawarkan asas kepada sempoicara, membolehkan sesiapa sahaja mempelajari dan memulakan sempoicara sebelum bergerak ke langkah-langkah seterusnya. Bagi anda yang berminat, boleh belajar berkenaan sempoicara ini melalui Codecademy hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.