Malaysia Oversight

Instagram Perkenalkan Ciri ‘Link Reels’ Untuk Kandungan Bersegmen

By Amanz in August 22, 2025 – Reading time 1 minute
Instagram Perkenalkan Ciri ‘Link Reels’ Untuk Kandungan Bersegmen


Instagram Perkenalkan Ciri ‘Link Reels’ Untuk Kandungan Bersegmen

August 22, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

Instagram menambah pilihan fungsi baharu Link Reels yang membolehkan pengguna menghubungkan beberapa kandungan Reels dalam bentuk segmen atau bersambung. Ini membolehkan penonton mengikuti kandungan berkaitan secara berterusan.

Instagram Perkenalkan Ciri Pautan Reels

Melalui ciri ini, pengguna boleh memautkan satu Reel dengan Reel lain yang berkaitan mengikut tema atau topik tertentu. Reels yang baru atau telah diterbitkan boleh disambungkan kecuali kandungan untuk langganan atau rakan terdekat.

Semasa mencipta Reel baharu, pengguna hanya perlu tekan pada ‘Link a reel’ di bawah kapsyen, pilih kandungan untuk dipautkan dan tambah tajuk sehingga 15 aksara. Jika tiada tajuk, ia akan dinamakan sebagai ‘Linked reel’ secara automatik dan boleh disunting kemudian. Setelah selesai, tekan butang OK dan kongsi kandungan Reel tersebut.

Instagram Perkenalkan Ciri Pautan Reels 3

Untuk kandungan telah diterbitkan, pengguna boleh membuka Reel dan tekan ikon menu di sebelah kanan. Jika tiada pautan, mereka boleh memilih ‘Add linked reel’. Jika sudah dipautkan, pilih ‘Edit linked reel’ untuk membuat perubahan.

Instagram Perkenalkan Ciri Pautan Reels 4

Pengguna boleh menukar pautan melalui bahagian ‘Change reel’ atau membuangnya dengan ‘Unlink’. Selepas pautan dibuang, Reel tersebut tidak lagi menjadi sebahagian daripada siri asal. Ciri ini sedang dilancarkan secara global dan akan tersedia kepada semua pengguna Instagram tidak lama lagi

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link