Malaysia Oversight

Akmal mengaku tak bersalah buat kenyataan cetus kegentaran awam

By MkiniBM in August 22, 2025 – Reading time 1 minute
Akmal mengaku tak bersalah buat kenyataan cetus kegentaran awam


Ketua Pemuda Dr Muhamad Akmal Saleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berkemungkinan menimbulkan kegentaran awam dan kegusaran awam. 

Akmal yang juga Merlimau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Nurul Rashidah Mohd Akit. 

Mengikut pertuduhan, Akmal didakwa mengeluarkan kenyataan itu menerusi satu hantaran di media sosial pada kira-kira tiga petang, 11 Ogos lalu, yang berkemungkinan menimbulkan kegentaran serta kegusaran awam.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Mohd Nordin Ismail mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Akmal diwakili pasukan peguam diketuai Aizat Azam. 

-Bernama



Source link