Malaysia Oversight

Kerajaan siasat kempen hasut pendeposit tutup akaun Tabung Haji

By MkiniBM in August 21, 2025 – Reading time 2 minute
Kerajaan siasat kempen hasut pendeposit tutup akaun Tabung Haji


PARLIMEN l sedang menimbang tindakan terhadap individu yang didakwa cuba menghasut pendeposit supaya menutup akaun mereka di institusi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Na’im Mokhtar berkata, pihaknya mengesan beberapa video yang tersebar di platform media sosial sejak kebelakangan ini.

Ia susulan langkah penjenamaan semula yang menelan kos RM5.9 juta, yang menimbulkan kontroversi kerana didakwa diberikan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat bukan Muslim.

“Dalam konteks disebut oleh (Ahli Parlimen) Tampin sebentar tadi saya maklum beberapa video berlegar yang mungkin akan berikan kesan kepada ().

“Ada yang mengajak umat di Malaysia keluarkan simpanan dari Tabung Haji.Hasutan-hasutan sebegini tak berikan manfaat atau kebaikan kepada usaha untuk kita pertahankan Tabung Haji ini.

“Maka dalam konteks itu di peringkat kita sedang meneliti dan juga tindakan telah diambil. Contohnya, aduan atau laporan telah dikemukakan pada MCMC, laporan polis juga telah dibuat ke atas beberapa video yang kita dapati menjurus ke arah hasutan tersebut,” katanya ketika sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat pagi tadi.

Na’im menjawab soalan tambahan Mohd Isam Mohd Isa (-Tampin), yang menyuarakan kebimbangan terhadap kempen berkenaan serta ingin tahu langkah menanganinya.

Dalam soalannya, Isam merujuk insiden pada 2016 apabila lebih 3,900 pendeposit Tabung Haji menutup akaun mereka akibat kempen serupa.

“Saya cadang tindakan tegas ikut lunas perundangan diambil terhadap individu yang memanipulasi dan menyebar maklumat tak benar terhadap Tabung Haji dengan segera.

“Tolong jangan rosakkan institusi berkepentingan Melayu dan ini draripada nafsu serakah politik,” katanya.

Mengulas lanjut, Na’im berkata agensi seperti stesen TV Al-Hijrah dan radio Ikim juga sedang digerakkan untuk memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai Tabung Haji.



Source link