Malaysia Oversight

Polis telah ambil keterangan 48 saksi

By MkiniBM in August 20, 2025 – Reading time 2 minute
Polis telah ambil keterangan 48 saksi


PARLIMEN | Polis telah memanggil 48 saksi termasuk empat pegawai SPRM untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes penculikan Pamela Ling Yueh.

Menteri Dalam Negeri aifuddin Nasution Ismail berkata kerjasama erat juga dilakukan dengan agensi-agensi penguat kuasa termasuk SPRM bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh.

“Kerjasama dibuat dengan agensi terkait termasuk Jabatan Imigresen, misalnya kenderaan yang dikatakan digunakan (untuk menculik Pamela) kita temui di utara sempadan Bukit Kayu Hitam-Thailand.

“Ini hanya percayai belum afirmatif,” katanya ketika menggulung usul Rancangan Malaysia Ke-13 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Dia juga berkata polis menyiasat setiap laporan kes penculikan atau kehilangan orang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan berdasarkan lunas undang-undang.

Saifuddin berkata mengikut data dan rekod polis, dalam setiap 10 kes orang hilang, sembilan berjaya ditemukan termasuk yang hidup dan yang sudah meninggal dunia.

“Secara spesifik insiden orang hilang ini, daripada segi data tidaklah memberi gambaran yang tahap (keselamatan awam) membimbangkan, namun kita tak boleh ambil sikap sindrom penafian kerana kalau melibatkan nyawa, ia adalah penting daripada perspektif polis dan kita guna seluruh kekuatan untuk atasinya,” katanya.

Mengulas mengenai isu keselamatan sempadan negara, dia berkata pihak berkuasa mengesan 71 laluan haram untuk aktiviti penyeludupan di sepanjang sempadan Sarawak, Malaysia dengan Kalimantan Indonesia antaranya kawasan panas di Ba’kelalan, Lubuk Antu dan Tebedu.

Katanya lagi, telah meluluskan peruntukan sebanyak RM28 juta kepada Kementerian Dalam Negeri bagi membangunkan tujuh pos kawalan keselamatan tambahan membabitkan antaranya Pos Raso 1 di Lundu, Pos Sapit di Padawan dan Pos Tepoi di Serian.

juga luluskan peruntukan tambahan RM64.318 juta di bawah peruntukan khas pembangunan sempadan Sarawak yang akan dimanfaat oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Brigade Sarawak untuk pelaksanaan 22 projek melibatkan 14 projek bukan fizikal dan lapan projek fizikal,” katanya.

Saifuddin berkata selain itu, bagi mengukuhkan kawalan sempadan di Sarawak, PDRM menubuhkan satu lagi batalian PGA Brigade Sarawak iaitu Batalion 23 di Seri Aman sebagai tambahan kepada tiga batalion sedia ada yang melibatkan penambahan 320 anggota terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah dan penjawat awam.

-Bernama



Source link