Malaysia Oversight

Jelaskan kenapa lima nama suspek buli Zara tak didedah

By MkiniBM in August 20, 2025 – Reading time 1 minute
Jelaskan kenapa lima nama suspek buli Zara tak didedah


Seorang ahli parlimen hari ini meminta Kementerian Komunikasi menjelaskan kepada orang ramai mengapa media tidak dibenarkan mendedahkan nama lima remaja yang didakwa di mahkamah atas kes buli terhadap pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir.

Bercakap di Dewan Rakyat, Bung Moktar Radin (-Kinabatangan) berkata dia bimbang kerana terdapat netizen yang tidak memahami mengapa nama suspek tidak boleh didedahkan kepada orang awam.

Dia berkata kes membabitkan Zara Qairina menimbulkan kemarahan rakyat dan menyebabkan mereka hilang keyakinan terhadap .

“Bolehkah YB buat makluman bahawa nama tak boleh didedahkan sebab ini kes juvana, tapi rakyat kurang faham. Masing-masing, rakyat di bawah ini mereka percaya dengan media sosial.

“Jadi ia tanggungjawab kementerian ini memberi maklumat bahawa memang dalam peraturan negara kita tak izinkan pendedahan nama, supaya mereka (orang ramai) maklum dan faham,” kata Bung ketika mencelah ucapan Menteri Komunikasi, Fadzil mengenai Rancangan Malaysia Ke-13.

[Berita penuh menyusul]



Source link