Malaysia Oversight

Malaysia sedia baik pulih Shukoi jika perolehan jet pejuang F/A-18 Hornet lambat

By MkiniBM in August 20, 2025 – Reading time 2 minute
Malaysia sedia baik pulih Shukoi jika perolehan jet pejuang F/A-18 Hornet lambat


Kementerian Pertahanan akan membaik pulih pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekiranya perolehan jet pejuang F/A-18 Hornet terpakai mengambil masa yang lama.

Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin berkata, kementeriannya merancang untuk melaksanakan kerja baik pulih pesawat Sukhoi menjelang tahun 2030 sekiranya Malaysia masih belum memperoleh pesawat dari Kuwait itu.

Menurutnya, Kuwait masih belum dapat memastikan bila mereka boleh menyerahkan pesawat berkenaan kepada Malaysia.

“Jika kita terlalu lewat, kementerian tak ada halangan menjelang tahun 2030 untuk menimbang, pertamanya, pesawat Shukoi yang kita ada 18 biji (buah), kita nak pastikan semua boleh beroperasi.

“Tumpuan pertama semua Shukoi ini, 18 jet pejuang kita itu boleh terbang, sekarang ini hanya beberapa (buah boleh terbang) saya tak perlu sebut jumlahnya mungkin kerana peruntukan dan sebagainya.

14bfc94ecfbb51a63553b8821bd20eb4

“Tetapi jet itu juga adalah memadai untuk menjaga, melindungi keselamatan negara,” katanya ketika sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-13 bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dia berkata demikian sebagai menjawab soalan dibangkitkan Zulkafperi Hanapi (Bebas–Tanjong Karang) berhubung kelewatan perolehan jet pejuang F/A-18 Hornet dari Kuwait.

Mengulas lanjut, Khaled menjelaskan Kuwait hanya akan menyerahkan pesawat itu kepada Malaysia selepas mereka menerima tempahan baru dari Amerika Syarikat (AS).

Katanya, AS telah memberi kebenaran kepada Kuwait untuk menjual pesawat berkenaan kepada Malaysia.

“AS tiada ada halangan supaya Kuwait menjual F/A-18 kepada Malaysia tetapi kita perlu melalui beberapa proses.

“Pada bulan hadapan pasukan daripada TUDM akan pergi (ke Kuwait) untuk menilai dan melihat jet-jet tersebut dari segi kesediaannya, dari segi kekurangannya, dari segi sama ada perlu dipertingkatkan dan sebagainya,” katanya lagi.



Source link