Malaysia Oversight

Penguatkuasaan lebih ketat bendung buli

By TheSun in August 19, 2025 – Reading time 1 minute
Penguatkuasaan lebih ketat bendung buli


JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menitahkan agar langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dilaksanakan segera berikutan kejadian buli yang kerap berlaku kebelakangan ini.

Baginda bertitah buli harus dibendung segera bagi memastikan setiap institusi pendidikan menjadi kawasan yang selamat bagi kanak-kanak.

Tunku Mahkota Ismail bertitah demikian selepas melawat seorang murid darjah empat yang dilaporkan menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Skudai, yang mengakibatkannya mengalami gegaran otak sehingga menjejaskan kehidupannya.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ke Hospital Pakar Puteri di sini Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Negeri Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata tujuh individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes buli murid lelaki itu.

Beliau berkata ia melibatkan pegawai perubatan yang merawat mangsa, murid sekolah yang menjadi saksi kejadian serta ahli keluarga mangsa.



Source link