Malaysia Oversight

Mahkamah Rayuan gugur istilah ‘jelik’ daripada Akta Komunikasi, Multimedia

By MkiniBM in August 19, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo

Mahkamah Rayuan hari ini menggugurkan peruntukan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia yang menjenayahkan kandungan yang “menjelikkan” atau “menyinggung”.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan rayuan aktivis Heidy Quah, yang mencabar keabsahan perkataan tersebut dalam Seksyen 233 akta berkenaan.

Memandangkan akta tersebut telah dipinda pada Disember tahun lalu, keputusan ini hanya terpakai ke atas versi undang-undang sebelum pindaan.

Namun begitu, keputusan ini tetap terpakai secara prospektif terhadap kes-kes mahkamah yang sedang berjalan dengan pertuduhan dibuat di bawah undang-undang sebelum pindaan.

masih mempunyai ruang untuk merayu keputusan tersebut di Mahkamah Persekutuan.

Apabila dihubungi, peguam Quah, New Sin Yew, memberitahu Malaysiakini bahawa panel tiga hakim berpendapat memasukkan perkataan “menjelikkan” dan “menyinggung” dalam Seksyen 233 adalah tidak dibenarkan, tidak seimbang dan bersamaan dengan larangan terhadap kebebasan bersuara.

Panel tersebut dipengerusikan oleh Hakim Lee Swee Seng. Dua hakim lain ialah Hashim Hamzah dan Azman Abdullah.

Quah memfailkan saman mencabar keabsahan dua perkataan itu dalam Seksyen 233 pada September 2021.

Saman itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada September 2023, mendorong dia mengemukakan rayuan.

Tindakan sivil ini dimulakan selepas Quah dituduh pada Julai 2021 di bawah seksyen tersebut berhubung satu hantaran Facebook yang menyorot layanan buruk terhadap pelarian di pusat tahanan imigresen.

Pada April 2022, mahkamah sesyen memberikan aktivis hak asasi manusia itu pelepasan tanpa pembebasan penuh (DNAA) terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 233(1)(a).

Source link