Malaysia Oversight

Pemuda Umno hanya berani isu selamat, bisu soal rasuah, integriti

By MkiniBM in August 19, 2025 – Reading time 2 minute
Pemuda Umno hanya berani isu selamat, bisu soal rasuah, integriti


Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali hari ini tampil membidasP emuda kerana hanya berani bersuara dalam isu-isu selamat seperti kes stoking yang tertera kalimah Allah dan bendera terbalik, tetapi membungkam mengenai skandal lebih besar yang melibatkan .

Dalam kenyataan medianya, Ibrahim berkata, Pemuda yang diterajui ketuanya, Dr Akmal Salleh hari ini, perlu mencontohi keberanian pemimpin terdahulunya seperti Allahyarham Harun Idris dan Syed Jaffar Albar.

“Malangnya, keberanian itu hanya terhad di gelanggang luar dengan individu atau sesiapa yang hina , Melayu dan kedaulatan negara seperti pasang bendera terbalik.

“Dalam isu besar seperti integriti , rasuah, keadilan, ekonomi rakyat, Pemuda membisu,” katanya.

Isu besar rakyat diabaikan

Ibrahim seterusnya membangkitkan beberapa isu utama yang menurutnya patut diperjuangkan Pemuda Umno.

Antaranya:

  • Isu reformasi institusi seperti naik taraf mahkamah syariah, pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, serta meletakkan SPRM bawah Parlimen yang masih tergantung.

Dia turut menyebut isu subsidi, dasar pendidikan, serta kes-kes mahkamah yang didakwa bercanggah dengan perlembagaan dan mengabaikan keadilan rakyat.

‘Pemuda Umno jadi kucing jinak’

“Peranan sebenar Pemuda Umno bukan isu seperti KK Mart atau bendera yang sepatutnya boleh diserahkan pada NGO untuk bertindak.

“Pemuda sepatutnya jadi semak imbang kerajaan sendiri, berani menegur dan mendesak kerajaan seperti Pemuda Pendesak atau Air Halia dan bukan sekadar jadi kucing jinak dan menerkam tikus-tikus jahat di luar rumah,” katanya.

Tokoh politik veteran itu turut mengingatkan bahawa sejarah akan membezakan pemimpin yang hanya berani memainkan isu popular berbanding mereka yang benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Pemimpin berani di medan sebenar akan dikenang sepanjang sejarah.

“Saya tidak apologetik dan rasa bersalah. Niat baik dan ikhlas,” katanya lagi.



Source link