Malaysia Oversight

PM puji pertemuan ‘harmoni’ Zahid, Hajiji

By MkiniBM in August 19, 2025 – Reading time 2 minute
PM puji pertemuan 'harmoni' Zahid, Hajiji


Perdana Menteri Ibrahim memuji pertemuan baru-baru ini antara Timbalannya Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor sebagai lambang kematangan politik yang akan memperkukuh kerjasama antara persekutuan dan negeri.

menggambarkan pertemuan antara pengerusi itu dengan ketua Gabungan Rakyat Sabah (GRS) “berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat kebersamaan.”

“Saya percaya bahawa kestabilan politik adalah asas penting dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Justeru, kerjasama erat antara pemimpin negeri dan persekutuan amat penting dalam memastikan aspirasi rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh dan inklusif.

d4dd5e39fdc4e571c6616686bdde0d71

“Saya berharap semangat muafakat ini akan terus menjadi asas kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh, demi masa depan Malaysia yang progresif, adil dan sejahtera untuk semua,” katanya pada hantaran di media sosial.

Pertemuan hari ini dilihat sebagai satu lagi usaha Anwar merapatkan jurang mendalam antara rakan utama persekutuan, khususnya menjelang pilihan raya negeri Sabah yang semakin hampir.

Dalam lawatan ke Sabah awal bulan ini, Anwar yang juga pengerusi PH, menyentuh mengenai “cinta tiga segi” yang sedang berlaku dan menyuarakan harapan agar pertembungan pilihan raya antara dan GRS dapat dielakkan.

Hubungan antara dan GRS mula retak selepas BN Sabah menarik balik sokongan terhadap Hajiji pada 2023.

1e7a4a8f3e6633361afc98bc2edc4c8f

Ketika itu, Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin menuduh Hajiji melanggar persefahaman bahawa gabungan itu akan menyokong kepimpinannya dengan pertukaran jawatan dalam kabinet negeri dan syarikat berkaitan kerajaan.

Ketua penerangan Sabah Suhaimi Nasir pada wawancara Malaysiakini minggu lalu berkata tekanan yang semakin memuncak agar lebih banyak pendakwaan dilakukan dalam skandal rasuah lesen perlombongan di Sabah mendorong BN menyifatkan GRS sebagai “liabiliti” dalam “cinta tiga segi” dengan PH.

Suhaimi berkata BN bimbang terhadap kerjasama rasmi dengan GRS yang dipimpin Hajiji manakala PH memainkan peranan orang tengah dalam rundingan kerusi menjelang pilihan raya negeri ke-17.

Pada November lalu, Malaysiakini mendedahkan dakwaan skandal rasuah lesen penerokaan lombong berasaskan beberapa siri rakaman video yang bocor, yang setakat ini hanya menyaksikan dua ahli politik didakwa bersama seorang ahli perniagaan yang bertukar menjadi pemberi maklumat, Albert Tei.

162d5cccdd7ab8d6e8128d8d275802e8

Selain Hajiji, siri rakaman video yang bocor itu turut mendedahkan dakwaan urusan membabitkan beberapa menteri dan Sabah.

Semua pemimpin GRS yang dituduh Tei menerima rasuah daripadanya bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.



Source link