Malaysia Oversight

Polis buka kertas siasatan pekerja hotel pasang bendera terbalik

By MkiniBM in August 18, 2025 – Reading time 1 minute
Polis buka kertas siasatan pekerja hotel pasang bendera terbalik


Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran media sosial yang memaparkan bendera Johor dipasang terbalik di sebuah hotel di Pusat Komersial Taman Yayasan, Segamat.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah, yang mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu semalam, berkata siasatan awal mendapati bendera tersebut dipasang oleh dua pekerja hotel sempena bulan kemerdekaan.

“Seorang daripada pekerja tersebut, yang secara tidak sengaja memasang bendera berkenaan secara terbalik, merupakan warga asing.

“Sebaik ditegur oleh rakannya, dia telah membetulkan bendera itu semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zamry berkata semakan mendapati pekerja terbabit memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Johor,” katanya.

Bernama



Source link