Malaysia Oversight

Angka korban letupan bahan peledak di kilang Ryazan, Rusia meningkat kepada 20

By TheSun in August 18, 2025 – Reading time 1 minute
Angka korban letupan bahan peledak di kilang Ryazan, Rusia meningkat kepada 20


MOSCOW: Angka korban akibat letupan bahan peledak di sebuah kilang di wilayah Ryazan, Rusia meningkat kepada 20 orang, manakala 134 yang lain cedera, lapor Sputnik memetik pusat tindak balas krisis wilayah itu pada Isnin.

Gabenor Wilayah Ryazan, Pavel Malkov, berkata kebakaran tercetus di sebuah bengkel pengeluaran di daerah Shilovsky pada pagi Jumaat, menyebabkan lima orang dan lebih 100 lagi cedera.

“Sehingga jam 7.00 pagi waktu Moscow (04:00 GMT) pada 18 Ogos, seramai 20 orang disahkan di daerah Shilovsky. Seramai 134 lagi cedera, termasuk 31 pesakit yang dirawat di hospital di Ryazan dan Moscow, manakala 103 orang menerima rawatan pesakit luar,” menurut pusat tindak balas krisis itu di Telegram.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Jawatankuasa Siasatan Rusia bagi Wilayah Ryazan pada Jumaat memaklumkan bahawa siasatan telah dimulakan berhubung insiden itu – BERNAMA-SPUTNIK



Source link