Malaysia Oversight

Kajian AI dan produktiviti pekerja dibincang dalam mesyuarat STAR petang ini

By TheSun in August 18, 2025 – Reading time 1 minute
Kajian AI dan produktiviti pekerja dibincang dalam mesyuarat STAR petang ini


: Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) pada petang ini akan membincangkan kajian mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan kesannya terhadap produktiviti pekerja.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata kajian itu melibatkan United Nations University (Tokyo), McKinsey dan pengalaman JP Morgan.

“Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Datuk Dr Mohd Zabri Yusoff telah dipertanggungjawabkan untuk membentangkan laporan awal berhubung kajian universiti itu,“ katanya.

Shamsul Azri menegaskan bahawa perbincangan akan diadakan dan maklum balas akan diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim dalam tempoh dua minggu.

Perdana Menteri sebelum ini mengingatkan jentera supaya berhati-hati dengan fenomena “AI Productivity Paradox” dalam transformasi digital negara.

Risiko “AI Productivity Paradox” merujuk kepada situasi di mana pelaburan besar dalam AI dan digitalisasi tidak semestinya meningkatkan produktiviti.

Kajian menunjukkan hanya tiga hingga tujuh peratus peningkatan penggunaan AI benar-benar memberi kesan kepada produktiviti atau pendapatan pekerja.

meminta Shamsul Azri dan semua ketua jabatan meneliti perkara ini serta memberikan jawapan awal bagi menangani isu berkenaan.

Mengenai program sempena bulan kemerdekaan, Shamsul Azri berkata ia merupakan inisiatif Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk meningkatkan semangat patriotisme.

“Program ini berterusan dan kita galakkan semua unit dan jabatan melaksanakan program semarakkan bulan kemerdekaan dengan inisiatif sendiri,“ katanya. – Bernama



Source link