Malaysia Oversight

‘Jangan biar mereka berjuang sendiri’

By MkiniBM in August 17, 2025 – Reading time 2 minute
'Jangan biar mereka berjuang sendiri'


Timbalan Presiden menggesa meningkatkan sumber bagi Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman (D11), sambil menyorot cabaran yang perlu dihadapi unit itu dengan kakitangan terhad dan peralatan lama.

Memetik tindakan Bukit Aman mengambil alih siasatan ke atas kematian Zara Qairina Mahathir yang berusia 13 tahun dan serangan terhadap anak lelaki Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang berusia 12 tahun, berkata kes-kes ini adalah bukti bahawa keselamatan kanak-kanak tidak lagi boleh dianggap sebagai isu sampingan.

menegaskan bahawa walaupun unit D11 memikul tugas besar untuk menyiasat jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak di seluruh Malaysia, bahagian itu yang diketuai pegawai wanita kekurangan sumber untuk melaksanakan tugas mereka.

“Keadaan mereka serba kekurangan. Ketika saya melawat unit mereka bulan lalu, mereka hanya bergantung kepada empat komputer lama. Dengan sumber dan anggota yang terhad, mereka tetap cekal menangani jumlah kes yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Jelas Nurul Izzah, kakitangan di unit itu perlu meneliti bukti melibatkan bayi seawal enam bulan, termasuk rakaman jenayah kejam yang bukan sahaja meragut maruah, tetapi turut dijual di laman gelap untuk keuntungan.

“Pegawai-pegawai D11 ini bukan manusia biasa. Mereka adalah ibu, malah ada yang sudah bergelar nenek. Namun demi mencari petunjuk untuk menangkap penjenayah, mereka sanggup menonton berulang kali setiap rakaman siasatan yang amat menyayat hati,” tambahnya.

Dia juga mengimbas kembali perbualan dengan Ketua Penolong Pengarah D11 Siti Kamsiah Hassan, yang memberitahunya bahawa pegawai unit itu sanggup melakukan apa sahaja untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan atas nama melindungi anak-anak Malaysia – sama seperti mereka melindungi anak-anak mereka.

Menyedari bahawa dia sangat terharu dan merasa terdorong untuk membantu dalam apa cara sekalipun, Nurul Izzah berterima kasih kepada individu yang bermurah hati yang menyumbangkan 10 komputer baru kepada unit itu, yang turut berjaya mengubah suai bilik temu duga khas untuk kanak-kanak menjadi ruang yang lebih mesra dan selamat.

Bagaimanapun, dia menegaskan usaha itu masih jauh dari mencukupi, meminta memperuntukkan pembiayaan khusus untuk D11 dalam Belanjawan 2026 akan datang.

“Unit ini perlu diperkasakan dengan kelengkapan, peralatan moden dan anggota tambahan. Jangan biarkan mereka berjuang bersendirian tanpa sokongan yang mencukupi.

“Kes Allahyarhamah Zara dan serangan kejam terhadap anakanda saudara Rafizi adalah isyarat jelas kepada kita semua. Jika kita gagal bertindak hari ini, lebih ramai anak-anak akan menjadi mangsa esok.

“Anak-anak Malaysia berhak hidup dengan selamat, tanpa ketakutan. Mereka adalah aset masa depan negara, dan keselamatan mereka tidak boleh dikompromi,” tambahnya.



Source link