Malaysia Oversight

‘Jangan jejas hubungan antara parti’ -Zahid ulas pertelingkahan Pemuda DAP-Akmal

By MkiniBM in August 17, 2025 – Reading time 2 minute
'Jangan jejas hubungan antara parti' -Zahid ulas pertelingkahan Pemuda DAP-Akmal


Presiden Ahmad Zahid Hamidi menggesa ketua pemuda partinya Dr Akmal Saleh dan pemimpin Pemuda DAP supaya berhenti bertelagah.

Mesej utama untuk kedua-duanya adalah untuk tidak membiarkan tindakan mereka merosakkan hubungan dalam perpaduan.

Dipercayai merujuk Akmal tanpa menyebut namanya, Zahid berkata keputusan pucuk pimpinan parti perlu dipatuhi semua demi menjaga keharmonian.

“Kita telah membuat keputusan di peringkat kepimpinan tertinggi. Jangan kerana mahu mempopularkan sesuatu isu atau untuk dilihat paling popular, akhirnya menjejaskan hubungan baik antara parti, apatah lagi di peringkat akar umbi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Bagi pemimpin Pemuda DAP pula, sekali lagi tanpa menyebut nama sepsifik, Zahid mengingatkan bahawa keputusan politik tidak sepatutnya mengorbankan perpaduan gabungan.

“Kita tidak mahu kerana ada satu peristiwa, keputusan politik dibuat sehingga menggoyahkan kesatuan dalam 18 parti yang membentuk Madani,” katanya.

Dia juga menegaskan bahawa tindakan politik dan tindakan undang-undang tidak seharusnya dicampur adukkan

Dia berkata demikian mengulas soalan mengenai pemimpin Pemuda DAP yang mendesak parti itu memutuskan hubungan dengan Akmal, menyifatkan ketua Pemuda itu boleh menjejaskan kepada keharmonian negara.

Gesaan itu disuarakan oleh Pemuda DAP Pulau Pinang, dan telah mendapat sokongan daripada rakan sejawatan mereka di Kedah dan Negeri Sembilan.

Seruan itu dibuat selepas Akmal mengecam insiden seorang pemilik kedai perkakasan di Pulau Pinang menaikkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Akmal, bersama Pemuda dan Pemuda Bersatu malah berhimpun di luar kedai perkakasan pada Khamis lalu.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Fadzil menyeru orang ramai supaya tidak takut mengibarkan bendera negara.

“Jangan takut kibat Jalur Gemilang. Jangan rasa takut.

“Ada yang berasa risau sebab tindakan sekelumit, sekumpulan kecil individu yang cuba untuk mengapi-apikan sentimen, menangguk di air keruh untuk cuba menakut-nakutkan orang.

“Jangan ambil tindakan bagi pihak polis, pihak polis yang sasar. Jangan ambil tindakan bagi pihak Jabatan Peguam Negara, pihak Peguam Negara yang dakwa. Jangan ambil tindakan bagi pihak hakim,” katanya seperti dilapor media.



Source link