Malaysia Oversight

Sokongan pada Anwar kekal hingga PRU akan datang

By MkiniBM in August 17, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


mengulangi komitmen untuk terus menyokong Perdana Menteri Ibrahim sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Setiausaha Agungnya, S Ananthan.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden , SA Vigneswaran, yang sebelum ini mengesahkan wujudnya perbincangan tidak rasmi dengan PN mengenai hala tuju parti itu dalam .

memang adakan perbincangan tidak rasmi dengan PN.

“Itu tidak bermakna kami akan tarik balik sokongan kepada perdana menteri sebelum tamat tempoh perpaduan hari ini. Soal tarik balik sokongan perdana menteri tak perlu dibangkit.

“MIC tetap dengan pendirian sebelum ini menghormati titah Yang di-Pertuan Agong mendukung perpaduan,” katanya kepada Malaysiakini.

bd26a57849a5a13101e868c093b40f4a

Terdahulu, ketika berucap selepas merasmikan Konvensyen Perwakilan MIC Johor ke-79 di Kota Tinggi pada Sabtu, Vigneswaran menegaskan parti itu masih meneliti hala tuju sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

“Ya, kita akui ada melakukan perbincangan tidak rasmi dengan PN mengenai hala tuju MIC.

“MIC tak ada sembunyi apa-apa (perbincangan dengan PN), ini bukannya hubungan sulit.

“MIC akan menentukan hala tuju kita sendiri, namun kami tidak marah dengan siapa-siapa,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Awal bulan ini, MIC Kedah meluluskan resolusi untuk bekerjasama dengan PN, termasuk tidak menolak kemungkinan meninggalkan .

Sebelum itu, Vigneswaran dalam perhimpunan MIC Perak menyatakan parti tersebut bersedia berunding dengan mana-mana pihak demi masa depan MIC serta kesejahteraan masyarakat India.

Kenyataan itu dibuat selepas Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, mendakwa parti berkenaan diketepikan oleh perpaduan, sehingga mencetuskan perang mulut dengan Umno dan DAP.

Pada 15 Ogos lalu, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, turut dilaporkan tidak menolak kemungkinan PAS dan PN menerima MCA serta MIC, dengan mendakwa jemputan telah dibuat untuk membincangkan perkara itu bersama kedua-dua parti komponen tersebut.



Source link