Malaysia Oversight

Puad buat dakwaan salah semasa sanggah hujah Ti

By MkiniBM in August 17, 2025 – Reading time 3 minute
Puad buat dakwaan salah semasa sanggah hujah Ti


Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi hari ini mendakwa DAP dan MCA tidak bersuara dalam isu kematian pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Sabah, Zara Qairina Mahathir.

Mohd Puad Zarkashi membangkitkan perkara itu ketika mengkritik bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker, yang mendakwa kelihatan lebih rasional berbanding Ketua Pemuda Malaysia, Dr Akmal Saleh, dan bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim dalam isu tersebut.

Katanya, Akmal tidak mengaitkan isu pemasangan bendera terbalik dengan perkauman.

“Pemuda Umno tidak pernah pun mempersoalkan Ti Lian Ker, MCA, LFL (Lawyers for Liberty) dan DAP senyap sepi isu Zara Qairina.

“Adakah kerana dia Melayu? Bila mahu ke Dataran Merdeka isu Zara? Apakah (himpunan) Turun saja dianggap berhemah?” katanya dalam satu hantaran media sosial hari ini.

Bagaimanapun kenyataan itu bertentangan dengan apa yang berlaku.

Untuk rekod DAP dan MCA sudah menyuarakan kebimbangan mereka berhubung kes Zara Qairina dengan sayap pemuda masing-masing pada 13 Ogos menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggantung tugas kakitangan sekolah yang sedang disiasat.

Mereka sependapat bahawa langkah KPM memindahkan mereka ke Jabatan Pendidikan Sabah tidak memadai.

Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling, turut meluahkan rasa marah terhadap kontroversi di sekitar siasatan kematian Zara Qairina, 13, dengan menggesa reformasi segera dalam prosedur siasatan polis dan pemantauan dilaksanakan.

“Ini membuatkan saya sangat marah kerana keluarga tersebut telah kehilangan insan tersayang.

“Pegawai penyiasat (IO) yang terlatih dengan prosedur siasatan dan prosedur operasi standard (SOP) sepatutnya memaklumkan hak keluarga serta melaksanakan tanggungjawab mereka dengan tekun,” katanya.

Terdahulu hari ini, Presiden MCA Wee Ka Siong mendedahkan kes Zara Qairina dan serangan terhadap anak Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli, adalah antara isu yang dibangkitkan semasa mesyuarat MCA Johor yang dipengerusikannya.

Dalam hantaran di Facebook, M ohd Puad turut merujuk kepada kontroversi Amanat Haji Hadi oleh Presiden Abdul Hadi Awang.

“Mungkin mereka tidak baca Amanat Hadi yang hingga ke hari ini Haji Hadi tidak pernah batalkan.

“Amanat itulah punca (amalan) kafir-mengkafir berleluasa. PAS suka menghukum. Itu halal, ini haram. Itu yang Ti Lian Ker dan Zaid banggakan sebagai berhemah?” katanya.

“Mungkin mereka (Ti dan Zaid) tidak pernah baca Amanat Haji Hadi yang sehingga hari ini tidak pernah tarik balik. Amanat itu adalah punca pengkafiran orang lain, dengan PAS ghairah untuk menjatuhkan hukum: ini halal, itu haram. Dan itu yang Ti dan Zaid banggakan sebagai ‘berhemah’?” katanya.

Mohd Puad turut menegaskan parti-parti politik bukan Melayu yang enggan bekerjasama dengan PAS akan dilabel sebagai anti-, manakala mereka yang berpihak kepada parti itu pula dianggap suci.

“Sebab itu semasa PASDAP dulu, PAS kata DAP lebih faham daripada Umno. Sekarang tuduh DAP anti-. Hindraf disucikan kerana ada ‘PASDRAF’. Apakah itu berhemah?

“Itulah sebabnya semasa gabungan PAS-DAP, PAS mendakwa DAP lebih memahami Islam berbanding Umno. Kini, DAP yang sama dituduh anti-Islam,” tambahnya.

Mohd Puad berkata Ti dan Zaid juga lupa bahawa Umno adalah parti pertama yang memulakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan parti bukan Melayu melalui pembentukan Perikatan, yang kemudian menjadi .

Katanya lagi, salah satu sebab Umno pernah dilabel “kafir” oleh PAS ialah kerana kerjasama yang dijalin parti itu dengan MCA dan MIC.

“Umno tidak pernah berdolak-dalik sebagai parti orang Melayu. Umno dituduh parti asobiyah kerana ia berasaskan kebangsaan Melayu.

“Tetapi Ti dan Zaid tidak begitu faham kebangsaan Melayu Umno.

“Umno tidak memperjuangkan Melayu yang sempit seperti apa yang Hitler buat. Padanya (Hitler) bangsa Aryan adalah terbaik di dunia. Orang Yahudi dibunuh hingga berlaku Perang Dunia Kedua.

“Adakah Umno menggalakkan pembunuhan beramai-ramai? Tidak. Umno mempertahankan kontrak sosial yang tidak bertulis, sebab itulah SJKC (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina) dan SJKT (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil) masih wujud hingga hari ini.

“DAP dan MCA tuduh menuduh gagal membela SJKC,” katanya.

“Perlu diingat perjuangan Melayu oleh Umno tidak lari daripada apa yang ada dalam perlembagan seperti hak istimewa Melayu.

“Apakah pada Ti dan Zaid itu tidak berhemah?” katanya.

[Baca berita asal]



Source link