Malaysia Oversight

Agong terima menghadap ketua polis negara

By MkiniBM in August 17, 2025 – Reading time 1 minute
Agong terima menghadap ketua polis negara


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Istana Bukit Tunku, di Kuala Lumpur.

Menurut perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu bertujuan menyembah maklum mengenai isu semasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta aspek keselamatan negara.

fd7ddfe8c17ee1e454e876351ca7aa23

Mohd Khalid diiringi Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Ibrahim Darus dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM Datuk M Kumar.

Pertemuan ini merupakan yang pertama bagi Ibrahim dan Kumar sejak memulakan portfolio baharu masing-masing dalam PDRM.

– Bernama



Source link