Malaysia Oversight

Bukit Aman ambil alih siasatan kes serangan terhadap anak Rafizi

By MkiniBM in August 17, 2025 – Reading time 2 minute
Bukit Aman ambil alih siasatan kes serangan terhadap anak Rafizi


PDRM mengesahkan siasatan berhubung kes serangan terhadap anak bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli telah diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis , Shazeli Kahar berkata penyerahan kes daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) kepada Bukit Aman dibuat bagi memastikan proses siasatan dijalankan dengan lebih teliti dan tersusun.

“Penyerahan ini adalah selaras dengan keperluan siasatan yang lebih menyeluruh dan berpusat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 13 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan berita bahawa anak lelaki Rafizi diserang dua individu berpakaian hitam dan memakai topi keledar penuh di tempat letak kereta pusat beli-belah di .

Kejadian berlaku ketika Rafizi, isteri, dan anak lelakinya memasuki kenderaan mereka. Dalam serangan tersebut, anak Rafizi telah dicucuk dengan jarum suntikan yang tidak diketahui kandungannya.

Rafizi berkata anaknya akan menjalani pemeriksaan berkala bagi mengetahui bahan suntikan berkenaan.

Ahli parlimen itu mengaitkan serangan itu dengan pertemuannya bersama pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat mengenai skandal yang didakwa melibatkan “individu tertentu” seminggu sebelumnya.

Dua hari kemudian, Malaysiakini melaporkan bahawa bekas pembantu Perdana Menteri, Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, menafikan ada kaitan dengan serangan itu.

Semalam, Shazeli dilaporkan berkata pihaknya juga menemukan beberapa petunjuk positif bagi mengesan suspek terlibat.

Shazeli berkata petunjuk berkenaan diperoleh hasil penelitian dan semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan terbabit.

Sehubungan itu, Shazeli meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut agar tampil membantu polis dengan menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran.



Source link