Malaysia Oversight

Sejuta wanita, gadis di Gaza berdepan kebuluran besar-besaran

By MkiniBM in August 17, 2025 – Reading time 1 minute
Sejuta wanita, gadis di Gaza berdepan kebuluran besar-besaran


Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu memberi amaran sekurang-kurangnya sejuta wanita dan gadis di Semenanjung Gaza berdepan kebuluran akibat sekatan berbulan-bulan serta perang yang memusnahkan wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Wanita dan gadis di Gaza berdepan kebuluran, keganasan dan penderaan.

“Mereka terpaksa menggunakan strategi bertahan hidup yang semakin berbahaya, termasuk keluar mencari makanan dan air dengan risiko tinggi ditembak mati,” menurut UNRWA dalam satu hantaran di platform media sosial X.

1349f6803f954d85fc0163ff733a73fa

Agensi itu mendesak sekatan ke atas Gaza ditamatkan dan penghantaran bantuan kemanusiaan berskala besar dibenarkan segera.

Gaza kini berdepan krisis kemanusiaan terburuk dalam sejarahnya, dengan kebuluran memburukkan lagi konflik yang sedang berlaku.

Sejak 2 Mac, Israel menutup semua lintasan ke wilayah itu, menyekat bantuan kemanusiaan dan mengakibatkan Gaza di ambang kebuluran meskipun ribuan trak bantuan menunggu di sempadan.

Hanya sedikit bekalan dibenarkan masuk, jauh daripada mencukupi untuk menampung keperluan penduduk yang kebuluran.

Awal bulan ini, Program Makanan Sedunia PBB (WFP) turut memberi amaran bahawa satu pertiga daripada 2.4 juta penduduk Gaza telah berhari-hari kebuluran tanpa makanan.

Israel membunuh hampir 61,900 rakyat Palestin di Gaza sejak Oktober 2023.

– Bernama – Anadolu



Source link