Malaysia Oversight

Filem ‘Coolie’ raih fenomena, catat 220,000 jualan tiket dalam tempoh sehari

By Utusan in August 16, 2025 – Reading time 2 minute
Filem ‘Coolie’ raih fenomena, catat 220,000 jualan tiket dalam tempoh sehari


Petaling jaya – Filem Tamil, Coolie arahan pengarah terkenal, Lokesh Kanagaraj mencatat sejarah baharu apabila mencatatkan jualan tiket sebanyak 220,000 dengan kutipan RM4.3 juta dalam tempoh sehari setakat 14 Ogos.

Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, sambutan hangat daripada peminat menjadikan filem itu berjaya meraih kutipan harian tertinggi di negara ini.

Ujarnya, filem Coolie merupakan filem ke-171 bintang Rajinikanth dan menjanjikan elemen kejutan, ‘plot twist’ buat para penonton.

‘’Dalam filem ke-171 ini, jualan tiket dalam dunia ini, Malaysia is number one.

‘’Dalam semua filem Tamil, koleksi first day, first show, Rajinikanth is number one.

‘’Dalam movie ini, banyak elemen surprise, twist dan ini filem aksi, filem ini ada sari kata bahasa Melayu dan Inggeris.’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tayangan perdana filem Coolie di TGV Pavilion Bukit Jalil kelmarin.

Tambahnya, berikutan sambutan yang luar biasa, Datuk Malik mengesahkan Rajinikanth bakal hadir ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Kami dah berbincang dengan pihak Rajinikanth dan ya, dia akan datang dalam masa terdekat iaitu satu dua bulan ini.’’ katanya lagi.

Ujar beliau, filem ini juga bakal dialih suara ke dalam bahasa Melayu pada minggu depan.

Selain Rajinikanth, filem Coolie turut dibintangi Nagarjuna, Shruti Haasan dan Upendra serta penampilan khas daripada bintang Bollywood, Aamir Khan.





Source link