Malaysia Oversight

PAS lebih berhemah berbanding Umno dalam soal kaum, kata Zaid

By MkiniBM in August 16, 2025 – Reading time 2 minute
PAS lebih berhemah berbanding Umno dalam soal kaum, kata Zaid


Zaid Ibrahim senada dengan bekas naib presiden MCA TI Lian Ker berhubung perbandingan antara dan dalam isu perkauman.

Berbanding , kata bekas menteri undang-undang itu, jauh lebih berhemah berbanding dalam soal itu.

“Malah, menolak perkauman – assabiyah bukan sebahagian daripada tradisi .

“Apa yang dianggap ‘ekstremisme’ (dalam PAS) sebahagian besarnya ekoran politik DAP sejak sekian lama, yang menjadikan PAS sebagai alat menakut-nakutkan agar pengundi Cina setia (kepada DAP),” katanya di X.

Semalam, Ti berkata PAS kelihatan lebih rasional berbanding (Ketua Pemuda Umno) Akmal Saleh yang terus-menerus menyerang sekutu politiknya DAP.

“Dalam hal ini, tindakan Akmal sebenarnya lebih teruk daripada rakan seangkatannya di PAS. Pemimpin PAS nampaknya lebih rasional dan tenang dalam kata-kata serta tindakan mereka,” katanya, yang sebelum ini menggesa agar MCA meninggalkan .

b3ecf3757f060e7a8ea57de7612f38f4
Ti Lian Ker

Ia di tengah kelantangan Akmal dalam mengecam kesilapan Jalur Gemilang, terutama oleh seorang pemilik kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dia turut terlibat bertikam lidah dengan beberapa pemimpin DAP berhubung perkara itu.

Susulan protes yang diketuainya di kedai perkakasan tersebut Khamis lalu, Pemuda DAP Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan menggesa kepimpinan parti agar memutuskan kerjasama politik dengan Akmal.

Mengulas lanjut, Zaid berpandangan kelemahan sebenar PAS bukan dalam soal perkauman, sebaliknya komunikasi parti itu yang sering kali tidak kemas dan cenderung berorientasikan luar bandar, sehingga gagal meyakinkan pengundi bandar.

78af7112addb4f23a1dc58f32ca941cf

Dia berkata sikap PAS yang tidak perkauman terlihat ketika parti itu mentadbir Terengganu dan PAS, apabila tiada dasar berkaitan perniagaan dan pendidikan yang meminggirkan orang bukan Melayu.

“Bertentangan dengan pentadbiran yang diketuai Umno, yang secara terbuka mengekalkan monopoli berasaskan kaum, mengetatkan kuota Bumiputera…

“Para pelabur masih ingat yang negeri PAS, meskipun dengan ideologi yang konservatif, tidak menuntut ‘tol politik’ yang menjadi amalan lazim di bawah Umno,” dakwa Zaid lagi. 

Zaid turut membayangkan PAS sebagai parti yang tidak takut kepada golongan elit dan mampu membanteras gejala rasuah yang disifatkannya sudah menjadi endemik di Malaysia.

“Untuk menukar haluan, kita perlu letakkan kepercayaan kepada parti yang kurang takut kepada golongan elit dan kurang bergantung kepada keutamaan kaum, kurang ketagih dengan pungutan tol politik, dan sanggup mengurangkan kerenah birokrasi agar kelulusan (berkaitan perniagaan) tidak lagi dijadikan sumber pendapatan bagi pihak yang ada kaitan politik.

“Itulah perbezaan sebenar yang ditawarkan PAS, bukan cerita yang menakut-nakutkan,” katanya lagi.



Source link