Malaysia Oversight

PN Sabah mampu buat kejutan dalam PRN, kata PAS

By MkiniBM in August 16, 2025 – Reading time 3 minute
PN Sabah mampu buat kejutan dalam PRN, kata PAS


WAWANCARA | Pemimpin Sabah optimis Perikatan Nasional (PN) mampu membuat kejutan dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pesuruhjaya Sabah Aliakbar Gulasan berkata, ketika parti-parti lain masih teragak-agak dalam membentuk gabungan kerjasama – PN sudah membuat keputusan untuk berdiri sendiri di negeri itu.

“Dalam konteks semasa PN mampu membuat kejuatan walaupun berdiri sendiri, sebab PN ini sebuah parti yang pernah memerintah Malaysia dan sebahagian parti yang menjadi Sabah.

“PN juga bersedia menawarkan calon-calon yang sudah bekerja di lapangan, bukan calon yang baru muncul pada musim pilihan raya semata-mata.

“Selain itu, PN Sabah juga tidak pernah terpalit dengan sebarang kes rasuah dan salah guna kuasa,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

1b861b32969787ba0c07bef3de859c82

Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai keyakinan untuk PN mencabar lawan dalam PRN ke-17 nanti, mengambil kira perkembangan semasa di negeri itu.

Pada PRN 2020, PN memenangi sebanyak 17 daripada 73 kerusi DUN, dan turut membentuk negeri bersama GRS, dan Parti Bersatu Sabah.

Pandangan terpencil

Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak yang mendakwa wujudnya stigma bahawa masyarakat Sabah menolak atas faktor sentimen agama, Aliakbar berkata perkara itu hanyalah pandangan terpencil.

Dia yang juga lantikan Sabah berkata, mungkin ada segelintir orang berpandangan sedemikian namun ia bukanlah satu stigma yang konkrit.

“Kita tak nafi sebab kebebasan berfikir di kalangan masyarakat. Secara umum pengalaman saya bersama masyarakat Sabah dalam pelbagai segmen dan progam, saya rasa perkara itu tidak menjadi satu stigma.

“Mungkin ia hanya pandangan-pandangan yang terpencil yang menganggap pas tidak boleh diterima dan sebagainya, saya boleh katakan satu Sabah kita masuk dengan keadaan yang sangat harmoni.

“Walau kita pakai lambang parti pun tiada tentangan dan halangan, saya rasa mungkin itu hanyalah sebahagian daripada provokasi pihak tertentu,” jelasnya.

Tambahnya lagi, PAS Sabah juga menunjukkan perkembangan pengaruh yang positif berdasarkan penubuhan PAS kawasan di 22 daripada 25 kawasan parlimen di negeri itu.

“Kita boleh masuk dan tubuhkan 22 PAS kawasan daripada 25 kawasan parlimen, ini semua masyarakat tempatan yang buka (PAS kawasan) di sana, bukan masyarakat luar.

“Maknanya, kalau itulah indikatornya boleh kata hampir 90 peratus (kawasan) kita diterima, ia satu angka yang positif,” kata Aliakbar.

Rakyat Sabah fleksibel

Jelasnya lagi, PAS Sabah juga sudah lama bekerja dan tidak pernah berhenti melaksanakan program berbentuk kebajikan dan membangunkan institusi pendidikan di negeri itu.

Apabila dilantik sebagai bagi memenuhi kuota lantikan, Aliakbar berkata, jawatan itu sedikit sebanyak memberi kelebihan kepadanya untuk mendekati masyarakat.

“Tidak dapat dinafikan, apabila kita menjadi sebahagian daripada jujur saya katakan kelebihan itu memang banyak, untuk kita masuk dan mendekati masyarakat khususnya.

“Tetapi bukan mengambil kepentingan-kepentingan peribadi, sebaliknya untuk kita memasyarakatkan gerak kerja positif, sebab itu awal kita hastag ‘kita lawan kerja’.

“Siapa pun sama ada YB ke, menang ke tidak menang ke, dan lawan kerja itu bukan untuk dapat nama, tetapi untuk membantu masyarakat,” ujarnya.

Mengulas lanjut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, sebagai orang Sabah dia lebih kenal betapa masyarakat di negeri itu sangat fleksibel dalam berpolitik

“Saya rasa masyarakat Sabah sangat fleksibel, bagaimana cara kita mendekati masyarakat Sabah, sebab kita pun orang Sabah, kita tahu nilai dan juga pendekatan orang Sabah macam mana.

“Lahir di Sabah ini kita akan terus kenal kemajmukan masyarakat, kita tidak ada suatu halangan, sangat senang bekerjasama sebagai orang Sabah. Cuma mungkin bila dekat musim pilihan raya, sudah mula timbul parti-parti, ia sedikit sebanyak ada memberi kesan, tidak dinafikan sebagai masyarakan ada pegangan partinya.

“Tetapi secara umumnya kita boleh kata masyarakat di Sabah tiada halangan untuk bekerja dalam apa juga panji dan parti,” kata Aliakbar.



Source link