Malaysia Oversight

‘Tak gentar, tak akan menyerah’

By MkiniBM in August 15, 2025 – Reading time 2 minute
‘Tak gentar, tak akan menyerah’


Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh mendakwa polis telah memanggilnya untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan yang sedang dijalankan.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Akmal berkata dia dihubungi seorang pegawai penyiasat dari Bukit Aman yang memintanya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 11 malam ini.

Jika ini harga yang perlu saya bayar untuk pertahankan maruah negara ini, saya rela dan akan lawan habis-habisan.

Untuk takut kepada puak-puak mereka,tidak sama sekali. No fear, no surrender!” katanya, tanpa merujuk mana-mana pihak secara khusus.

Walaupun Merlimau itu tidak menjelaskan secara lanjut siasatan yang melibatkan dirinya, beberapa pihak sebelum ini menyatakan mereka akan membuat laporan polis berhubung protes yang diketuainya semalam, berkenaan isu kesilapan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Protes terhadap seorang pemilik kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang itu tercetus selepas individu itu dirakam menggantung Jalur Gemilang secara terbalik.

Selepas insiden itu tular di media sosial, pemilik kedai, Pang Chin Tian mendakwa beliau sedang mengukur panjang tiang besi ketika menggantung bendera dan tidak menyedari ia dalam keadaan terbalik.

Walaupun polis telah mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan menggesa semua pihak bertenang, Akmal tetap meneruskan himpunan di kedai perkakasan itu. Selain anggota Pemuda , turut menyertai protes adalah Pemuda Bersatu.

Ancam ketenteraman awam

Beberapa pihak kemudiannya menggesa polis agar mengambil tindakan terhadap Akmal kerana ingkar arahan polis agar perhimpunan tersebut tidak diadakan.

Antaranya Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim, yang menyifatkan tindakan Akmal meneruskan protes itu sebagai jelas mengingkari arahan polis, melanggar undang-undang, dan provokasi yang mengancam ketenteraman awam.

Himpunan yang disertai kira-kira 300 orang itu diadakan selepas Akmal mengancam akan ke kedai tersebut dan “mengajar” Pang, jika dia tidak didakwa di mahkamah selewat-lewatnya Rabu lalu.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata dia telah mengarahkan wakil sayap pemuda parti itu di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap Akmal.

Loke menegaskan tindakan Akmal memilih untuk menggunakan “intimidasi dan buli” tidak membantu meredakan ketegangan berhubung kontroversi bendera negara yang digantung terbalik itu.



Source link