Malaysia Oversight

NGO Bangladesh kecewa laporan suspek terlibat sindiket pekerja dibebas

By MkiniBM in August 15, 2025 – Reading time 3 minute
NGO Bangladesh kecewa laporan suspek terlibat sindiket pekerja dibebas


Sebuah gabungan masyarakat sivil meluahkan kebimbangan mendalam mengenai laporan bahawa individu-individu yang terlibat dalam sindiket yang mengeksploitasi pekerja Bangladesh untuk bekerja di Malaysia bakal dibebaskan.

Dalam kenyataan bersama Bangladesh Civil Society for Migrants (BCSM), gabungan 23 pertubuhan yang memperjuangkan isu migran, menuntut agar mereka yang terlibat dalam sindiket di Malaysia tidak dilepaskan sewenang-wenangnya.

“Kami menggesa siasatan semula dan siasatan kehakiman terhadap dakwaan itu.

“Selain itu, kami menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ACC) untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang perkembangan siasatannya terhadap sindiket ini.

“Kami membantah sekeras-kerasnya penggantungan siasatan, dengan menyatakan bahawa ia tidak boleh diterima di tengah-tengah pembukaan semula pasaran buruh Malaysia,” katanya dalam kenyataan itu yang ditandatangan pengerusi bersama BCSM Dr Tasneem Siddiqui dan Syed Saiful Haque.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan media negara itu bahawa pihak yang didakwa dalam sindiket itu, termasuk ahli politik, dibebaskan selepas pihak berkuasa Bangladesh membuat kesimpulan bahawa mereka tidak terlibat.

Laporan itu juga menyatakan bahawa kertas putih , laporan media dari tahun lalu, dan aduan ACC mendedahkan bahawa pekerja dikenakan bayaran lima hingga enam kali ganda yuran yang ditetapkan secara rasmi untuk penghijrahan ke Malaysia pada 2022, 2023 dan 2024, yang membawa kepada rasuah bernilai ribuan crore taka.

Antara nama besar dalam dakwaan itu adalah bekas menteri Kebajikan dan Pekerjaan Luar Negara Ekspatriat Bangladesh, Imran Ahmed, bekas setiausaha kanan Ahmed Munirus Saleheen, bekas ahli parlimen Nizam Uddin Hazari, ahli politik dan Leftenan Bersara Jeneral Masud Uddin Chowdhury, Benjir Ahmed dan Kashmiri Kamal bersama anak perempuannya Nafisa Kamal, isteri dan anak perempuan bekas menteri kewangan AHM Mustafa Kamal.

“Sindiket ini melibatkan individu-individu dari Malaysia dan Bangladesh terlibat.

“Sindiket serupa wujud pada 2017 dan 2018, dan penyelewengan yang menyelubungi pasaran buruh Malaysia bukanlah perkara baru—namun tiada siapa yang pernah dipertanggungjawabkan,” kata gabungan itu.

a73bf847b63cce331f0f3cf70ed493d6

Mengulas lanjut, BCSM berasa bimbang jika mereka yang terlibat dalam sindiket ini terlepas daripada akauntabiliti, rangkaian serupa akan muncul semula.

“Kesilapan lalu termasuk aktiviti sindiket tidak boleh diulang. Sebaliknya, pekerja harus dihantar melalui sistem terbuka dan adil untuk melindungi pendatang dan menjaga reputasi negara.

mesti memastikan mereka yang sebelum ini terlibat dalam penyelewengan di Bangladesh atau Malaysia dihalang daripada proses pengambilan baru,” katanya.

Antara 23 pertubuhan di bawah BCSM termasuk:

Refugee and Migratory Movements Research Unit (RMMRU)

WARBE Development Foundation

BRAC

Migrant Workers’ Development Program (OKUP)

BASTOB

Ain o Salish Kendra (ASK)

BASUG – Diaspora and Development

Rights Jessore

International Network of Alternative Financial Institutions (INAFA)

Manusher Jonno Foundation

Bangladeshi Ovhibashi Mohila Sramik Association (BOMSA)

IMA Research Foundation

Bangladesh Construction and Wood Workers’ Federation (BCWWF)

Young Power in Social Action (YPSA)

BOAF

Center for Development Communication (DEVCOM) Limited

Films for Peace Foundation dan Change Makers

Association for Community Development (ACD)

Center for Community Development Assistance (CCDA)

Karmojibi Nari

Bangladesh Institute of Labor Studies (BILS)

Bangladesh Nari Sramik Kendra (BNSK)

Bulan lalu, Malaysiakini melaporkan Bangladesh bersetuju untuk menghentikan siasatannya terhadap dakwaan sindiket mengeksploitasi warganya yang ingin bekerja di Malaysia, atas arahan Malaysia.

Menurut seorang pegawai tempatan yang enggan dikenali, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat di Kuala Lumpur pada 17 Julai antara wakil kerajaan Bangladesh dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia (Kesuma).

“Dua pegawai – setiausaha khas dan pembantu khas kepada ketua penasihat kerajaan Bangladesh – melawat Malaysia dan mengadakan pertemuan dengan pegawai kementerian.

“Dalam mesyuarat itu, wakil Bangladesh bersetuju untuk menghentikan siasatan supaya Malaysia boleh menyambung semula pengambilan pekerja Bangladesh,” kata pegawai itu.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa mesyuarat itu diadakan selepas kerajaan Malaysia menghantar surat kepada Bangladesh, menggesa siasatan dihentikan atas alasan ia tidak berasas.

Surat itu, bertarikh 23 April 2025, dihantar oleh pegawai kanan Kesuma kepada rakan pegawai kanan Kementerian Kebajikan dan Pekerjaan Luar Negara Ekspatriat Bangladesh.

Kesuma menafikan mengadakan perjumpaan rasmi dengan wakil Bangladesh. Namun, kementerian itu enggan mengulas surat kementerian itu kepada Bangladesh.



Source link