Malaysia Oversight

Speaker siasat dakwaan MP Pendang ajak bertumbuk di parlimen

By MkiniBM in August 14, 2025 – Reading time 2 minute
Speaker siasat dakwaan MP Pendang ajak bertumbuk di parlimen


PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengarahkan siasatan dalaman untuk mencari bukti mengenai dakwaan ancaman fizikal oleh Awang Hashim (PN-Pendang) terhadap sekurang-kurangnya dua anggota parlimen di Dewan Rakyat semalam.

Semasa sesi soal jawab, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) bangun membangkitkan isu keselamatan anggota parlimen di dalam Dewan Rakyat dan menuduh Awang membuat ancaman fizikal.

“Semalam, Pendang telah ajak untuk bertumbuk, bergaduh. Saya rasa itu Tan Sri perlu ambil tindakan tegas terhadap Pendang. Itu disiarkan satu dunia, lihat apa berlaku. 

“Kita bincang perbuatan buli kita kena banteras, tetapi apa berlaku semalam di sini, Pendang nak bergaduh dengan ahli parlimen lain. 

“Saya rasa itu contoh amat tidak harus berlaku. Saya minta petua,” kata Khoo.

8151d822addf18bb740b47627e3f96d9
Johari Abdul

Johari kemudian berkata dia telah mengarahkan semua unit dalam parlimen, termasuk video dan suara, untuk memberikan bukti padanya.

“Kalau ada bukti menunjukkan bahawa perlakuan tersebut terjadi, atau tindakan untuk menyerang itu terjadi, saya akan ambil tindakan tegas kali ini.

“Sebab anda boleh bercakap. Saya benarkan. Saya tak matikan pun suara anda dalam mikrofon sebab saya nak beri peluang.

“Tapi bila cuba guna tindakan fizikal, saya rasa itu sudah lebih dan melampau,” katanya.

Insiden yang didakwa berlaku semalam bermula dengan kekecohan apabila Presiden Abdul Hadi Awang (PN-Marang) mengakhiri debatnya dengan pantun yang menggesa pemimpin PH, terutamanya dari DAP, meletakkan jawatan dalam .

Chong Zhemin (PH-Kampar) dari DAP kemudian bangun untuk merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(1), mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang tidak relevan dengan agenda perbahasan berkaitan Rancangan Malysia ke-13 (RMK13).

Ketegangan memuncak ketika itu, dengan  anggota pembangkang mula menjerit beramai-ramai ke arahnya.

RSN Rayer (PH-Jelutong) juga merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(6), yang menyatakan bahawa tiada anggota dewan boleh mengaitkan motif yang tidak wajar kepada mana-mana anggota lain.

Pantun Hadi

Semasa perbalahan berlanjutan, Awang berkata tiada isu melibatkan pantun Hadi. Hadi mengaitkan Kuala Lumpur yang “bermasalah” dengan pemerintahan DAP, PH dan sekutunya .

Johari menegur anggota parlimen dengan tegas dan menggelar perbuatan mereka “memalukan”.

Insiden itu didakwa berlaku apabila Awang dan Rayer mahu keluar dari Dewan Rakyat.

Johari hari ini bahawa keputusan akan disampaikan pada Isnin.



Source link