Anak bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli, didakwa diserang secara fizikal oleh orang yang tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Putrajaya hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang Norhizam Bahaman, yang hadir ke hospital tempat kanak-kanak itu dirawat, mengesahkan perkara itu.
Dia memberitahu Malaysiakini bahawa serangan berlaku di luar kawasan sebuah pusat beli- belah di Putrajaya pada jam 1.30 tengah hari ini.
Sumber lain berkata serangan berlaku di kawasan tempat letak kereta.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Rafizi hanya mengesahkan serangan tetapi tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini.
“Sedang diperiksa (oleh pasukan perubatan) dan akan diletakkan bawah pemerhatian,” kata anggota parlimen Pandan.
Belum ada maklumat terperinci berkaitan serangan itu dan motifnya belum diketahui.
Difahamkan Rafizi dan pihak berkuasa akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara itu tidak lama lagi.
BERKAITAN:
Penyerang cucuk anak Rafizi dengan jarum suntikan
Anak diserang: Rafizi percaya amaran supaya tak lantang bersuara
Anak Rafizi diserang: Speaker mahu penjelasan menteri dalam negeri