Malaysia Oversight

Selangor catat RM158 juta bagi jualan e-dagang

By Utusan in April 25, 2025 – Reading time 2 minute
Selangor catat RM158 juta bagi jualan e-dagang


KUALA LUMPUR: Negeri mencatat RM158 juta bagi rekod jualan menerusi platform e-dagang, menjadikan jumlah terkumpul nilai dagangan kasar (GMV) melebihi RM500 juta sejak 2016.

Menteri Besar , Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia membuktikan sifat keterbukaan perusahaan dalam dalam menerima perubahan sekali gus meningkatkan kemajuan pemasaran digital.

“Hasil komersial cukup memberangsangkan, tahun ini sahaja kempen ini menjana jualan sebanyak RM158 juta, menjadikan jumlah terkumpul sejak 2016 melebihi RM500 juta.

“Namun, apa yang benar-benar menonjol adalah bagaimana perusahaan kita menerima perubahan. Ia membuktikan kemajuan pemasaran real-time dan kreativiti perniagaan tempatan,” katanya ketika berucap sempena Anugerah E-Commerce Merchant Terbaik 2025 oleh Perbadanan Ekonomi Digital dan Teknologi Maklumat (SIDEC).

Penganugerahan itu meraikan 10 syarikat tempatan menerusi kategori utama perniagaan e-dagang terbaik dan beberapa lagi kategori lain.

Dalam pada itu, tambah Amirudin, Negeri Selangor turut komited dalam mempertahankan industri semikonduktor negara.

Katanya, ia bertujuan memastikan perniagaan tempatan terus mempunyai akses kepada sokongan yang diperlukan untuk berkembang dalam kemajuan digital antaranya Program Pemecut Selangor (SAP) dan Selangor 1000 Digital.

“Selangor sejak sekian lama percaya pada potensi ekonomi digital yang rancak dan inklusif. Ini mendorong kami untuk terus melabur dalam inisiatif berorientasikan masa depan.

“Tujuan kami jelas iaitu untuk memastikan setiap perniagaan, mempunyai akses kepada sokongan dan peluang yang diperlukan untuk berkembang dalam dunia digital yang dinamik ini.

“Saya harap dengan inisiatif dari Negeri Selangor, ia dapat bantu bangunkan hab baharu semikonduktor di Malaysia,” katanya. – UTUSAN





Source link