Malaysia Oversight

Pengundi Cina mungkin tak keluar mengundi esok, kata PSM

By MkiniBM in April 25, 2025 – Reading time 3 minute
Pengundi Cina mungkin tak keluar mengundi esok, kata PSM


PRK AYER KUNING | Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dilihat sebagai calon bukan pilihan atau ‘underdog’ dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning berpendapat ada kemungkinan pengundi Cina di kawasan DUN itu tidak berminat untuk keluar mengundi pada hari mengundi yang dijadual Sabtu ini.

Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan berkata dia percaya pengundi Cina yang membentu 25 peratus komposisi pengundi di Ayer Kuning melihat PRK itu sebagai pertarungan “Melayu lawan Melayu.”

“Saya sudah berada di sini sejak hari penamaan calon. Kami PSM turun padang dan mendapati pengundi Cina tidak minat dengan PRK ini.

“Kebanyakkan pengundi Cina mungkin melihat pilihan raya kecil Ayer Kuning ini sebagai pertarungan antara Melayu-Melayu, , ulama-ulama—PAS lawan .

“Oleh itu, tiada minat bagi pengundi bukan Melayu khususnya Cina untuk terlibat,” katanya kepada Malaysiakini.

Pengundi Ayer Kuning akan membuang undi esok selepas tempoh berkempen selama dua minggu, di kerusi DUN majoriti Melayu di bawah kawasan parlimen Tapah yang dikuasai parti itu.

PN meletakkan Ketua PN Tapah Abd Muhaimin Malek manakala BN telah memilih untuk meletakkan Setiausaha Tapah Yusri Bakir.

Timbalan Setiausaha Agung PSM Bawani KS turut menyertai saingan tiga penjuru bagi kerusi DUN itu, yang diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandang dari Umno, Ishsam Shahruddin, pada 22 Feb.

Sementara itu, Arutchelvan juga berkata bahawa dia tidak menolak kemungkinan pengundi Cina dan sebahagian pengundi India menganggap mengundi kepada calon BN akan memberi perspektif bahawa pengundi bukan Melayu menyokong dasar-dasar persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri Ibrahim.

0345257b66b05854bfe1d46cad357c5f

“Adalah satu rahsia terbuka masyarakat Cina dan India tidak puas hati dengan beberapa keputusan khususnya yang kini didakwa lebih memihak kepada satu kaum sahaja berbanding janji-janji beliau kepada kaum bukan Melayu sebelum ini ketika menjadi pembangkang.

“Jika pengundi Cina mengundi BN, adakah ia memberi gambaran bahawa orang Cina akan terus menyokong apa sahaja asalkan bukan PAS? Adakah undi Cina tetap jadi ‘fixed deposit‘ untuk Madani?

“Ini satu soalan yang saya melihat dibincang oleh di kalangan pengundi Cina,” katanya.

Sementara itu, Arutchelvan juga berkata pendirian pengundi India yang membentuk 14 peratus komposisi pengundi DUN itu, mula bersatu menolak Umno dan PAS.

“Mereka sedar bahawa jika mereka menunjukkan protes melalui undi, barulah Madani akan memberi perhatian kepada mereka di masa depan.

“Pengundi India juga berharap pengundi Cina dan sekumpulan kecil pengundi Melayu progresif akan menyertai mereka dalam usaha ‘kasi ajar’,” katanya.

Ketika ditanya mengenai peluang PSM dalam pengundian esok, Arutchelvan berkata peluang Bawani cerah jika pengundi Cina, India dan Melayu progresif sedia mengambil risiko dengan menolak Umno dan PAS.

“PRK Ayer Kuning ini tidak mengubah kuasa di peringkat negeri atau persekutuan, tetapi ia akan memberi kesan besar dalam dua tahun akan datang sebagai mesej politik. Jika pengundi menyokong PSM, mereka boleh mencuba selama dua tahun sehingga pilihan raya negeri seterusnya.

“Walaupun bukan Melayu mungkin rasa pilihan raya ini tidak relevan, undi mereka boleh mempengaruhi strategi politik dan memberi tekanan kepada kerajaan untuk lebih prihatin terhadap isu-isu bukan Melayu.

“Maka, kami PSM meminta semua pengundi turun mengundi pada PRK Ayer Kuning ini,” katanya.



Source link