Malaysia Oversight

‘Kes Farhash senyap, lawan politik diburu’ – Besut serang Anwar

By MkiniBM in August 13, 2025 – Reading time 2 minute
‘Kes Farhash senyap, lawan politik diburu’ – Besut serang Anwar


PARLIMEN l Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN–Besut) mempersoalkan dakwaan bahawa tiada tindakan pihak berkuasa terhadap bekas pembantu Perdana Menteri Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berhubung tuduhan rasuah.

Ahli Parlimen itu turut menuduh dan pentadbirannya bersikap “pilih kasih” dalam memburu individu yang didakwa mengumpul kekayaan besar, dengan mendakwa perdana menteri lebih berminat mengejar lawan politik dan keluarga mereka berbanding menangani tuduhan serupa melibatkan sekutunya.

14b2a746d1e034402115affe935e3d7a

“Saya nampak PM macam nak kejar, buru anak-anak Tun Dr Mahathir (Mohamad), pulangkan balik dan sebagainya, dan juga Tun Daim (Zainuddin), dah meninggal dah pun, nak buru lagi.

“Tapi berdiam apabila berlaku ke atas Farhash disebut, siapa Farhash, boleh tahu la siapa apa hubungan dia dengan PM. Langsung tidak ada disebut,” kata Che Mohamad Zulkifly ketika perbahasan mengenai Rancangan Malaysia Ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, walaupun Bloomberg pernah melaporkan dakwaan campur tangan perdana menteri bagi menghalang siasatan terhadap Farhash, sehingga kini tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita itu.

69ff5584066762ad4f32f8ee041318ef
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak

Laporan Bloomberg pada 26 Sept tahun lalu memperincikan dakwaan campur tangan politik dalam operasi SPRM. Artikel itu – yang kemudiannya disiasat polis – memetik sumber mendakwa mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, supaya tidak menyiasat Farhash berhubung pembelian saham dalam HeiTech Padu Bhd.

Bulan lalu, MalaysiaNow pula mengaitkan Farhash dengan skandal lesen penerokaan mineral di Sabah, termasuk memuat naik rakaman audio yang didakwa menunjukkan Ketua Menteri Hajiji Noor menyatakan sokongan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Farhash.

Lembaga Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), yang dipengerusikan Hajiji, kemudian menafikan bahawa mana-mana syarikat yang dikaitkan dengan Farhash telah diberikan lesen penerokaan di negeri itu.

Farhash juga mengeluarkan penafian serta menghantar surat tuntutan kepada MalaysiaNow berhubung laporan tersebut.

4b614cb4f41b0a2b9e7dec9446f369ca

Awal bulan ini, MalaysiaNow mengesahkan ia sedang disiasat polis susulan aduan yang dibuat oleh SMM.

Warisan mengutuk siasatan polis terhadap portal itu, dengan ahli majlis tertingginya, Mudi Dubing, menyatakan rasa kecewa kerana pihak berkuasa menyasarkan media dan bukannya menyiasat dakwaan tersebut.

Sebelum ini, Mahathir membidas Anwar selepas perdana menteri mencadangkan anak-anak bekas perdana menteri itu memulangkan kekayaan kepada jika ia diperoleh melalui cara meragukan atau tidak sah.

Difahamkan, dua anak Mahathir – Mokhzani dan Mirzan – sedang menguruskan hal perundangan bersama SPRM, manakala agensi itu turut aktif mengenal pasti aset luar negara milik keluarga Daim.

Kes Zara Qairina

Zulkifly turut membidas Ahli Parlimen , menuduh mereka bersikap dwi-standard kerana didakwa membisu berhubung kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, walaupun pernah “bersuara lantang” bertahun-tahun mengenai kematian pembantu politik Teoh Beng Hock pada 2009.

Ahli Parlimen pembangkang itu mendakwa walaupun kes Teoh diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” oleh pihak berkuasa, “pihak sebelah sana” masih terus membangkitkan isu tersebut dan menyuarakan kemarahan, tetapi “tidak sepatah pun” menyentuh kes Zara.

[Baca berita penuh]



Source link