Malaysia Oversight

JDT bukan sebuah pasukan robot

By MkiniBM in August 12, 2025 – Reading time 3 minute
JDT bukan sebuah pasukan robot


ULASAN SUKAN | Cuma satu perlawanan sahaja dan JDT sudah menunjukkan taringnya yang menghantar mesej bahawa mereka mampu menyapu bersih semua gelaran dalam Liga Malaysia musim ini.

Ini bukan satu omongan lagi tapi realiti kerana anak didik Xisco Munoz sudah mencipta jurang besar di antara mereka dengan pihak lawan, khususnya selepas mudah mengatasi 3-0 dalam perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah pada minggu lalu.

Saingan pembuka tirai Liga Super itu memberi segala gambaran kepada pemerhati dan peminat tanah air tentang bagaimanakah kesudahan liga bola sepak kebangsaan pada penamat musim nanti.

Ceritanya bukan mengenai JDT sahaja tetapi 12 pasukan lain dalam Liga Super musim ini.

Seperkara yang akan berlegar dalam minda masing-masing ialah, apa yang mereka mampu buat  sedangkan pesaing terdekat dengan juara bertahan itu – – macam hanyut dalam cabaran.

Tidak perlu juga kita membicara mengenai senario pada kancah Piala FA atau Piala Malaysia nanti. Semuanya macam memberi gambaran sama sahaja.

Nampaknya, hanya Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri yang dijangka akan sentiasa sesak dengan penonton dalam perlawanan liga dan dua lagi kejohanan kalah mati.

Leka punca bocor awal

Di pihak lawan, pengurusan pasukan – seperti musim-musim lalu – mungkin tidak akan mencetak tiket tambahan. Cuma jika JDT menjadi pasukan pelawat ada kemungkinan angka itu akan sedikit meningkat.

Kita sebenarnya tidak mahu perkembangan seperti ini berpanjangan, bahkan berharap pasukan lain dalam Liga Super segera sedar apa sedang berlaku di sekitar mereka.

Macam tak sabar pula menunggu apa ramuan istimewa yang bakal dibawa oleh pesaing lain seperti Terengganu, KL City, Sabah, Kuching City, Melaka FC atau Pulau Pinang apabila turun ke gelanggang menentang JDT nanti.

Jangan sampai mereka pula dilihat macam pasukan pelawat di gelanggang sendiri. Hal itu kerana JDT sudah selesa bermain di mana saja.

Kualiti ditunjukkan JDT dalam perlawanan Piala Sumbangsih menakjubkan. Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka seolah-olah hadir dari planet lain.

864cdd09137729279728a716224ac87b

bukan tidak mencuba tapi silapnya mereka ialah leka dan membenarkan gawang dibocori seawal minit pertama permainan.

Bagaimanakah kesudahannya jika gol pertama itu dapat dihalang?

Mungkin wajah cabaran pasukan dari Lembah Klang berbeza. Kita dapat melihat selepas jaringan pembukaan itu, Faisal Halim dan rakan-rakannya tetap memberi cabaran dan menyekat lawan menambahkan lagi gol pada 45 minit pertama.

Namun, kubu mereka juga terbocor buat kali kedua dan ketiga selepas rehat kerana berapa lama lagi mahu bertahan menentang sebuah pasukan seperti JDT yang tidak henti-henti menyerang dengan corak yang kemas dari segala sudut.

Ia juga memaksa ketua jurulatih Selangor, Katshuhito Kinoshi, bersuara betapa jurang besar dilihat antara barisannya dengan lawan pada malam berkenaan.

Katanya pemain JDT tahu bila mahu menukar tempo pemainan dan bila mahu menggelecek bola.

Perlu percaya pada diri

Perkara kecil-kecil seperti itu, katanya, boleh memberi perbezaan besar.

Justeru dia mahu Selangor belajar dan beramal jika mahu menjadi pasukan kuat seperti JDT.

Dalam perlawanan itu JDT mencipta kemenangan menerusi jaringan Jairo da Silva pada minit pertama, sebelum disusuli Eddy Israfilov (minit ke-64) dan penyerang sensasi negara, Arif Aiman Hanapi (minit ke-73) untuk mempertahankan gelaran buat kali ketiga berturut-turut.

Aiman juga memberikan kita satu saat bangga bahawa pemain tempatan juga boleh berdiri sama tinggi dengan pemain naturalisasi dan pemain warisan ketika ini.

Apakah semua lawan JDT mungkin akan angkat bendera putih tidak lama lagi?

Itu bukanlah jalan penyelesaian. Kita mahu Selangor, KL City, Terengganu atau Kuching City mencari ilham kerana dalam bola sepak keajaiban boleh berlaku, asalkan ada kepercayaan pada diri dan semangat sepasukan tidak mudah luntur.

64f4a2934746a9260cbe2147ce83835c

Pada setiap halangan berikut, JDT akan memberi komitmen penuh dan menghormati setiap lawan mereka.

Namun, misi dan objektif mereka tetap sama – menjuarai Liga Super dan layak beraksi di pentas Asia setiap musim untuk mengejar impian besar.

Sasaran ini tidak mustahil mampu dicapai skuad gergasi itu sekali lagi. Cuma bagi pesaing lain, mereka kena yakin bahawa JDT bukan sebuah pasukan robot.


V ASHOK ialah bekas Pengarang Sukan dan Pengarang Berita Luar Negara di Berita Harian.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link