Malaysia Oversight

Demonstran berang Fadhlina duduk dalam ‘aircond’, tak keluar terima memo

By MkiniBM in August 12, 2025 – Reading time 2 minute
Demonstran berang Fadhlina duduk dalam 'aircond', tak keluar terima memo


Ketidakhadiran Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sempena serahan memorandum berkenaan kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, menimbulkan kemarahan aktivis pelajar dan masyarakat.  

Presiden Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia, Brendon Gan berkata menteri itu tidak mengotakan janjinya untuk turun sendiri menerima memorandum.

“Memorandum ini bukan sekadar kertas—ia disokong lebih 200 pertubuhan masyarakat sivil dan 3,000 orang awam. 

“Adakah ini tidak penting buat Fadhlina?” soal Gan dalam sidang media di luar parlimen hari ini.  

“Kami bukan nak buat kecoh. 

“Kami berdiri bawah panas terik, tetapi Fadhlina duduk di tempat berhawa dingin. Susah sangatkah, Fadhlina? Turun saja terima memorandum,” tegurnya.  

e4cede8cefb27fe7046b68b90bc17a29
Brendon Gan sedang berucap

Malaysiakini dimaklumkan menteri tersebut menghantar wakil dari pejabatnya untuk menerima memorandum yang antara lain mendesak keadilan untuk Zara Qairina.

Gan dan sekumpulan aktivis berarak hampir 2 kilometer dari Taman Tugu ke bangunan parlimen, kira-kira 10 pagi tadi bawah pemantauan anggota polis yang jauh lebih ramai.  

Perhimpunan itu dihalang polis kira-kira 200 meter dari pintu utama parlimen, dengan pihak berkuasa membentuk sekatan manusia.

Kumpulan itu bersurai pada 12 tengah hari, dengan beberapa anggota parlimen dan pembangkang muncul menerima memorandum dan menyampaikan ucapan ringkas.  

27ab986f24552334ccd61816b0a8c6fd
Arwah Zara Qairina Mahathir

Memorandum disediakan Sekretariat Solidariti Zara menegaskan kematian Zara bukan insiden terpencil, tetapi manifestasi kegagalan sistematik lama melibatkan kecuaian sekolah dan kelemahan pentadbiran Kementerian Pendidikan.  

Antara tuntutan memorandum:  

  • Reformasi menyeluruh sistem pendidikan negara khususnya isu buli.  

  • Sesi libat urus dengan pihak berkaitan untuk mewujudkan prosedur jelas kes buli.  

  • Latihan wajib untuk guru dan pentadbir sekolah berkait pengurusan krisis dan emosi pelajar.  

  • Penubuhan suruhanjaya siasatan bebas oleh Kementerian Dalam Negeri dan polis untuk kes Zara dan semua kes buli pelajar 10 tahun lalu.  

  • Keputusan siasatan perlu diumumkan, dan polis dilatih tangani kes buli secara sensitif berpusatkan mangsa.  

“Kami menegaskan bahawa nyawa yang terkorban akibat buli sudah terlalu banyak.

“Kelewatan tindakan bukan sahaja mencerminkan kelemahan pentadbiran, tetapi juga merupakan bentuk pengkhianatan terhadap amanah untuk melindungi keselamatan pelajar. 

“Reformasi menyeluruh bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan mendesak yang mesti dilaksanakan tanpa sebarang penangguhan,” menurut memorandum itu.

0189e818008c701717431295ed648e6d

Pada Jumaat malam, ribuan berkumpul di tiga bandar di Sabah bagi mendesak keadilan untuk Zara, yang kematiannya bulan lalu mencetuskan kemarahan isu buli di sekolah.  

Zara ditemui pengsan dalam parit bawah asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai dan meninggal keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.  

Keluarganya percaya buli mungkin punca kematiannya, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh menegaskan kementerian sedia bekerjasama dengan polis dalam siasatan.  

Polis mengesahkan pasukan petugas khas Bukit Aman akan ambil alih siasatan, sementara Yang Dipertua Negeri Sabah Musa Aman menggesa siasatan menyeluruh dan terperinci dalam kes itu.



Source link