Malaysia Oversight

Disiasat EAIC tak goyang ‘keberanian’ sindiket seludup warga asing

By MkiniBM in August 12, 2025 – Reading time 2 minute
Disiasat EAIC tak goyang 'keberanian' sindiket seludup warga asing


Berdepan dengan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak menggoyang ‘keberanian’ sindiket menyeludup masuk warga asing.

Seorang ahli perniagaan dari Johor dikenali sebagai ‘DK’ (nama panggilan) difahamkan masih terlibat dengan kegiatan haram itu di negeri selatan tanah air.

Beberapa sumber memberitahu Malaysiakini, DK bagaimanapun kini tidak terlibat secara langsung sebaliknya menyerahkan kuasa kepada adiknya untuk mengawal selia kegiatannya, khususnya sindiket fly.

“Dia berani kerana dilindungi orang-orang kuat dalam ,” dakwa satu sumber imigresen Johor berkaitan operasi mereka di kedua-dua kompleks imigresen, kastam dan kuarantin (ICQ) di Johor Bahru.

Pada Okt tahun lalu, Malaysiakini melaporkan DK sebagai salah seorang daripada tiga ‘ikan besar’ dalam sindiket, selain Tok Yah dan Adik.

Sindiket fly melibatkan penipuan cop dan rekod keluar masuk ke negara ini.

Tok Yah merupakan seorang kakitangan yang memegang jawatan penting dalam salah sebuah agensi penguatkuasaan dan bertindak seperti seperti godfather (ketua) kumpulan itu.

DK pula dikatakan perancang dan Adik pula bertindak sebagai runner yang menghubungkan pelanggan dengan sindiket.

Malaysiakini tidak menyebut nama mereka sementara menunggu penjelasan masing-masing. Bagaimanapun identiti mereka telah diserah kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk siasatan pihak berkuasa.

63062788bddc5604d4a81de5ebff812d

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pula berkata dia tidak pernah mendengar tentang nama-nama itu.

Kes itu bagaimanapun disiasat oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). Malah DK telah pun memberi keterangan berkaitan sindiket yang menyalah guna visa perubatan untuk masuk ke Malaysia.

EAIC ialah badan berkanun yang mengawal selia 21 badan penguatkuasaan bagi mengelakkan salah laku berkaitan integriti.

Tuan ‘E’ ambil alih

Sementara itu, seorang ejen tempatan memberitahu Malaysiakini, ‘perniagaan’ DK diuruskan oleh adik DK dikenali sebagai ‘E’ sejurus selepas EAIC memanggil DK.

DK sendiri memfokuskan tugasnya kepada “perniagaan” lain.

“Jadi, sekarang dia bagi adik dia jaga sindiket warga asing,” kata sumber yang pernah bekerjasama dengan DK.

Sementara itu, sumber Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberitahu Malaysiakini, pegawai jabatan itu yang bersekongkol masih kebal walaupun “ditahan dengan bukti kukuh”.

Malah, kata sumber itu, media juga tidak melaporkannya walaupun banyak tangkapan dikatakan dibuat.

Dia juga memberi contoh berkaitan layanan berbeza terhadap pegawai kerajaan dan ejen yang ditangkap.

b92bcdcd9836ace126a9b6df3e72aafd

Dakwanya, pada 17 Jun lalu dua ejen dan seorang pegawai JIM ditahan dengan 100 pasport asing manakala pada 30 Jun, dua pegawai dan seorang runner ditahan dengan 65 pasport asing.

Bagaimanapun, katanya, kes pertama diambil alih oleh SPRM manakala kes kedua – yang melibatkan DK – hanya diserah untuk siasatan dalaman imigresen.

“Modus operandi yang sama. Pegawai ditahan dengan bukti kukuh.

“Tetapi, satu disiasat SPRM sementara satu lagi untuk siasatan dalaman imigresen,” katanya.

Sementara itu, sumber SPRM mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa agensi itu hanya menyiasat kes pertama melibatkan ejek dikenali sebagai ‘Apek’.

“Kami siasat kes Apek atas permintaan JIM sementara kes kedua yang berlaku pada 30 Jun, JIM beritahu kami bahawa akan adakan siasatan dalaman sahaja,” katanya.



Source link