Malaysia Oversight

Biotoksin melebihi had selamat, JPNS ambil sampel kedua kupang di Port Dickson

By TheSun in August 11, 2025 – Reading time 1 minute
Biotoksin melebihi had selamat, JPNS ambil sampel kedua kupang di Port Dickson


SEREMBAN: Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) akan melakukan pensampelan kedua bagi kupang dan kerang-kerangan di perairan Port Dickson esok.

Ini susulan bacaan biotoksin melebihi paras selamat dikesan dalam sampel pertama.

Pengarah JPNS Kasim Tawe berkata keputusan ujian makmal dari Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) pada minggu lepas mendapati bacaan biotoksin melebihi 800 per bilion (ppb).

“Kami akan mengambil sampel kedua pada esok pagi sebelum larangan rasmi dikeluarkan dan keputusan makmal dijangka pada Khamis atau Jumaat ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan agensi itu menasihatkan nelayan di perairan Port Dickson tidak mengutip, mengambil atau menuai kerang-kerangan termasuk kupang buat sementara waktu.

Sebelum itu, Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang mendakwa mengesan fenomena yang dipercayai ledakan alga di Perairan Pasir Panjang- Bernama



Source link