Malaysia Oversight

MP PH mohon kerajaan kaji semula skim pencen bulanan KWSP

By MkiniBM in August 11, 2025 – Reading time 2 minute
MP PH mohon kerajaan kaji semula skim pencen bulanan KWSP


PARLIMEN | Seorang Ahli Parlimen PH hari ini menggesa mengkaji semula cadangan memperkenalkan mekanisme pembayaran berkala seperti pencen bulanan bagi pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Cha Kee Chin (PH–Rasah), berkata, cadangan yang dikemukakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 itu menerima banyak bantahan daripada orang ramai.

“Maknanya (pencarum) yang cecah umur persaraan, tak dapat mengeluarkan (simpanan mereka). Kalau ikut skim ni tak dapat keluarkan keseluruhan simpanan dalam KWSP.

“Saya mohon supaya kaji semula ini, sebab kita tahu apa itu KWSP, simpanan hari tua.

“Kalau simpanan hari tua, sudah tua tak boleh keluarkan, apa maksudnya simpanan hari tua? Tukar nama sajalah,” katanya ketika membahaskan rang undang-undang RMK13 di Dewan Rakyat.

d2aa9658d8fb985894f82d253fb02a0d

Setiausaha DAP Negeri Sembilan itu berkata dia telah bertemu banyak pihak yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap pelan baru KWSP itu sejak Perdana Menteri Ibrahim membentangkan cadangan tersebut dua minggu lalu.

“Saya mohon secara terbuka pada , kekalkan sistem yang kita ada sekarang, yang mana pencarum diberikan hak sepenuhnya apabila mencecah umur 60 tahun, dia nak keluarkan semua, keluarlah semua. Kalau dia nak simpan kat situ, biar dia simpan,” katanya.

Di bawah RMK13, kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan skim bayaran pencen secara bulanan bagi ahli KWSP.

Dalam laporan RMK13 yang diterbitkan oleh Kementerian Ekonomi, mekanisme itu akan membolehkan pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen, iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying sebelum ini berkata cadangan itu hanya terpakai kepada ahli baru, manakala ahli sedia ada masih kekal dengan pilihan pengeluaran semasa tetapi boleh beralih kepada struktur baru secara sukarela.



Source link