PETALING JAYA: LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, hari ini melancarkan kempen “Sambutan 100 tahun Cameron Highlands”. Kempen ini bertujuan menghargai pembeli rumah serta mengangkat warisan tanah tinggi, di samping meraikan kejayaan berterusan Centrum Iris, fasa terbaharu dalam pembangunan ikonik Cameron Centrum, LBS.
Kempen ini berlangsung dari 1 Ogos sehingga 31 Disember 2025, di mana pembeli Centrum Iris yang memenuhi syarat diberi peluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah yang menarik, bernilai jumlah RM100,000.
Ia termasuk percutian selama 7 hari ke United Kingdom untuk dua orang, percutian mewah di tanah tinggi, peralatan elektrik, baucar membeli belah serta pelbagai barangan menarik. Seramai 35 pemenang bertuah bakal dipilih dan keputusan akan diumumkan pada Februari 2026.
Kempen ini bukan sahaja untuk memperingati warisan Cameron Highlands, malah turut memberikan peluang kepada pembeli Centrum Iris untuk menikmati nilai tambah menerusi pembelian dan pelaburan mereka.
Untuk kemudahan pembeli di Lembah Klang, LBS telah membuka Galeri Jualan Satelit yang terletak di Aras Bawah, LBS2, Petaling Jaya, Selangor. Galeri ini mempamerkan model berskala yang terperinci, susun atur unit, serta sesi rundingan eksklusif bersama wakil jualan LBS untuk meninjau tarikan yang menanti di Centrum Iris, Cameron highlands.
Centrum Iris merupakan projek pertama di kawasan ini yang menerima pensijilan Silver GreenRE, sekali gus menggalakkan gaya hidup lestari menerusi kemudahan seperti kawasan pengecasan kenderaan elektrik (EV), kafe atas bumbung serta 47 kemudahan gaya hidup.
Terletak strategik di pusat pelancongan dan komersial di Brinchang, projek ini menawarkan pengalaman gaya hidup yang selesa dengan kemudahan akses yang baik.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Datouk Seri Ir. (Dr.) Lim Hock San mengulas, “Centrum Iris bukan sekadar projek pembangunan, ia melambangkan usaha LBS untuk memperkenalkan gaya hidup baharu di pelbagai lokasi seluruh negara.
Selaras dengan visi strategik 8 x 8 kami, galeri jualan satelit ini membawa suasana tanah tinggi lebih dekat kepada warga kota, merapatkan jarak dan membuka lebih banyak peluang.
Hasrat Kumpulan adalah untuk memudahkan rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri dengan efektif, sekali gus mengukuhkan kehadiran LBS di kawasan-kawasan yang sedang pesat membangun.”
“Kami berbangga menjadi sebahagian daripada sambutan 100 tahun Cameron Highlands, dan kempen ini merupakan kesinambungan bermakna kepada detik sejarah yang dilakar LBS sebagai tanda penghargaan legasi tanah tinggi ini sambil menghargai para pembeli rumah kami yang dihormati.”
Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM472 juta, Centrum Iris merupakan pembangunan komersial terbesar di Cameron Highlands. Menampilkan seni bina klasik Inggeris, kemudahan moden serta elemen lestari, projek ini meneruskan kejayaan Presint 1 yang telah mencapai kadar huni yang penuh sejak tahun 2021.
Fasa baharu ini menawarkan 705 unit kediaman dan 26 unit komersial, sesuai untuk didiami sendiri mahupun sebagai pelaburan.
Untuk keterangan lebih lanjut, sila hubungi 011-1722-5556 atau layari www.cameroncentrum.com.my. – UTUSAN