Malaysia Oversight

PAS sedia ‘tampung’ keperluan BN di Johor

By MkiniBM in July 9, 2026 – Reading time 2 minute
PAS sedia 'tampung' keperluan BN di Johor


PRN JOHOR | PAS malam tadi sekali lagi memperteguhkan keterbukaan mereka mendukung untuk kekal mentadbir negeri berkenaan untuk penggal akan datang.

Menjawab soalan wartawan selepas ceramah utama di Simpang Jeram, Pulai, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, terserah kepada untuk menentukan barisan negeri akan datang sekiranya mereka mendapat kerusi yang mencukupi.

Namun jika keadaan memerlukan, kata Abdul Hadi, PAS sedia membentu.

“(Kalau ) menang di Johor, jadi menteri besar. Umnolah! (Ikut) Suka Umnolah nak lantik exco siapa dia… suka dia.

“Kalau ada kelemahan, PAS boleh tampung kelemahan itu, bergantung kepada kerusi yang kita (PAS) menang,” katanya.

Turut hadir semasa sidang media itu ialah Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan yagn bertanya mengenai strategi PAS menghadapi PRN yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

PAS meletakkan calon di 11 kerusi terpilih di sebalik kedudukan DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi. Sebelum ini Abdul Hadi menegaskan PAS menyertai PRN Johor bukan untuk mendapatkan kuasa sebaliknya mahu menjadi pembangkang sekali gus penasihat kerajaan .

Langkah itu, katanya, dibuat demi memastikan Johor kekal ditadbir oleh Melayu .

Kalau cukup jumlah

Pada masa sama PAS sudah menghulurkan tangan mengajak Umno mewujudkan Muafakat Nasional 2.0 selepas gagasan yang pertama dulu gagal ekoran tindakan sepihak parti tersebut membentuk PN bersama Bersatu.

Bagaimanapun ketika ini PAS sudah menamatkan kerjasama politik mereka dengan Bersatu.

Pada masa sama Bersatu meletakkan calon di 16 kerusi.

Kata Abdul Hadi PAS mahu memastikan Johor terus ditadbir oleh orang Melayu bersama kumpulan bukan yang “tidak ekstrem” seperti MCA dan MIC.

Justeru Abdul Hadi berkata PAS berharap kedua-dua parti komponen BN itu juga dapat dimenangkan pada Sabtu ini.

Kata ahli politik berusia 78 tahun itu, PAS juga sedia menjadi penyokong BN jika parti tersebut mendapat kedudukan yang selesa selepas PRN berlangsung nanti.

9b9c3b6c1ef5c71ceb5693d708c964b2
Gambar fail

“Mungkin (BN dapat) simple majority, nak majoriti dua per tiga (selepas itu), kalau PAS cukup jumlah, PAS boleh tampung; atau kalau tak cukup majoriti, campur dengan PAS, PAS boleh tampung,” katanya lagi.

Bagaimanapun PAS juga bersedia jika BN mempunyai kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan sendiri.

“Kalau dia (BN) dah cukup, tak jadi masalah,” katanya.

Untuk rekod MCA dan MIC memang bersikap mesra kepada PN sejak pembentukan kerajaan perpaduan selepas PRU ke-15 lalu. Pada masa yang sama mereka juga secara terbuka menzahirkan rasa kurang senang terhadap kepimpinan Umno bekerjasama dengan PH.

Malah MIC didakwa pernah membuat permohonan untuk menyertai gabungan pembangkang tersebut.

Bagaimanapun kedua-dua parti tersebut bertukar fikiran selepas PAS mengisi pelbagai jawatan penting dalam PN.

MCA misalnya memberitahu parti itu ada jalan sendiri jika kerjasama tersebut diteruskan selepas PRU ke-16 nanti.

Presiden MCA, Wee Ka Siong, berkata pengundi Cina lebih sukar menerima PAS termasuk dengan keberadaan segelintir pemimpinnya yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi.

PAS juga, kata MCA, selalu menyerlahkan konservatisme agama dan menyinggung perasaan masyarakat bukan Islam.



Source link