Malaysia Oversight

Akmal hipokrit, kenapa tak lawat pejabat PAS Terengganu, KPM?

By MkiniBM in August 10, 2025 – Reading time 2 minute
Akmal hipokrit, kenapa tak lawat pejabat PAS Terengganu, KPM?


Pemuda DAP (Dapsy) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ketua Pemuda , Dr Akmal Saleh yang mengajak orang ramai “mengunjungi” sebuah premis perniagaan di Kepala Batas Pulaua Pinang berikutan isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik.

“Tindakan ini bukan sahaja memberi gambaran bahawa Dr Akmal Saleh mahu bertindak seperti pihak berkuasa, malah merupakan pendekatan yang tidak menjunjung kedaulatan undang-undang,” kata Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong dalam satu kenyataan.

Woo turut menyelar sikap yang disifatkan sebagai hipokrit dan dwi-standard dalam isu tersebut.

“Adakah Exco Melaka tersebut pernah memobilisasi orang ramai untuk ‘mengunjungi’ Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ibu Pejabat Terengganu yang juga pernah membuat kesilapan sedemikian?

“Jawapannya adalah negatif dan ini jelas menunjukkan betapa hipokritnya Ketua Pemuda kini,” katanya.

Woo menegaskan Malaysia adalah negara berperlembagaan dan sebarang tindakan yang melanggar undang-undang, termasuk kesilapan dalam pemasangan Jalur Gemilang, wajar ditangani mengikut prosedur dan peraturan sedia ada.

“Bukan melalui tindakan yang berunsur intimidasi atau ‘mob justice’. Kesedaran patriotik tidak boleh dipupuk melalui ugutan, tetapi melalui pendidikan yang konsisten.

“Pelanggar undang-undang harus diambil tindakan melalui cara yang selari dengan lunas undang-undang. Namun tindakan membesarkan isu dan memobilisasi orang ramai untuk ‘memberikan pengajaran’ hanyalah gimik politik yang tidak membawa manfaat kepada perpaduan negara.

“Seorang wakil rakyat sepatutnya berperanan untuk menyatukan rakyat, bukannya menimbulkan ketegangan,” tambahnya.

5decdc64655506cc983e1a281f977740

Justeru katanya Dapsy menyeru semua pihak, khususnya Akmal, untuk menghentikan budaya politik konfrontasi.

“Negara kita akan lebih maju jika menggunakan kaedah dialog, pendidikan berterusan dan kerelaan untuk mematuhi undang-undang,” kata Woo.

Semalam, Akmal melalui satu hantaran di Facebook mengumumkan rancangan untuk melawat sebuah kedai perkakasan di Pulau Pinang selepas video tular menunjukkan pemiliknya memegang bendera secara terbalik pada sebatang tiang, manakala seorang lagi merakamkannya.

Pemimpin itu turut mengajak semua rakannya dari seluruh negara hadir bersama ketika kunjungan tengah hari esok, dengan tujuan untuk mengajar mereka cara yang betul memasang Jalur Gemilang.



Source link