Malaysia Oversight

MIC Pulau Pinang sokong jika parti keluar BN

By MkiniBM in August 10, 2025 – Reading time 2 minute
MIC Pulau Pinang sokong jika parti keluar BN


Pulau Pinang menyusuli Kedah dalam menyatakan sokongan penuh jika parti itu mengambil keputusan keluar daripada BN.

Pengerusi Pulau Pinang, J Dhinagaran mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa pendirian itu diambil dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) negeri yang diadakan semalam.

“Sebelum ini, dalam setiap mesyuarat agung tahunan peringkat bahagian, perkara ini (tinggalkan BN) dibangkitkan dan menerima sokongan daripada anggota parti.

“Ketika saya membangkitkan isu ini dalam ucapan AGM negeri, ia disokong penuh oleh lebih 600 delegasi yang hadir,” katanya.

Dia berkata sikap yang meminggirkan MIC dalam pengurusan negeri dan ketiadaan suara dan jawatan dalam negeri antara sebab keputusan itu diambil.

a63c7e96e0ced3f3ba984a37e0a7009b
J Dhinagaran

Bagaimanapun,  katanya lagi, keputusan muktamad berkenaan keanggotaan dalam BN akan ditentukan oleh kepimpinan pusat parti MIC.

Terdahulu, MIC Kedah dilaporkan meluluskan usul untuk bekerjasama dengan PN dan tidak menolak kemungkinan keluar daripada BN.

Pengerusi MIC Kedah, SK Suresh berkata bahawa penduduk negeri itu, khususnya masyarakat India, mula berasa kecewa dengan persekutuan sekarang, malah ada yang menyesal mengundi PH.

Mutakhir ini, pemimpin MIC dan terlibat dalam perang mulut ekoran kenyataan timbalan presiden parti itu, M bahawa MIC “tetamu tidak diundang” dalam perpaduan.


Baca: Amaran keluar BN: Pemimpin Umno, MIC berperang di media sosial 


Susulan itu, Presiden MIC, SA Vigneswaran berkata pihaknya sedia berunding dengan mana-mana pihak demi masa depan parti itu dan kesejahteraan masyarakat India.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara itu berkata MIC belum menerima jemputan daripada mana-mana parti atau gabungan lain, namun menyatakan sudah tiba masanya parti itu mengambil tindakan demi kepentingan parti.

“Jadi saya telah memutuskan untuk membuka pintu perbincangan dengan pihak lain. Jika ia memberi manfaat kepada parti, saya akan lakukan apa sahaja yang perlu untuk masyarakat India juga,” katanya.

Sebagai komponen BN, pengaruh MIC dilihat semakin merosot sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Pada PRU lalu, MIC hanya menang satu kerusi Parlimen, iaitu menerusi di Tapah.

Vigneswaran pula gagal dalam percubaannya untuk merampas semula kerusi Sungai Siput — bekas kubu kuat MIC yang pernah diwakili bekas presiden dan tokoh tersohor parti itu, mendiang S Samy Vellu.



Source link