Malaysia Oversight

PM Anwar rasmi Ijtima’ MADANI Ulama, tinjau penanaman padi di PMR kelantan

By TheSun in August 9, 2025 – Reading time 1 minute
PM Anwar rasmi Ijtima’ MADANI Ulama, tinjau penanaman padi di PMR kelantan


KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim hari ini merasmikan Ijtima’ MADANI Ulama dan Guru Pondok , selain menghadiri beberapa lagi program pada hari terakhir Program MADANI Rakyat (PMR) 2025, di sini.

Ijtima’ atau perhimpunan berkenaan merupakan platform utama dalam usaha memperkukuh peranan ulama dan guru pondok dalam memartabatkan pendidikan agama serta budaya pondok di negeri ini, dijadual bermula 9.15 pagi ini di Dewan Profesional, Kampus Universiti Teknologi MARA, Machang.

Pada 11.20 pagi, Perdana Menteri dijangka meninjau pelaksanaan projek penanaman padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Desa Gemalai Baruh Alami, Kota Bharu, yang merupakan destinasi agroekopelancongan menonjol dengan sawah padi organik bebas racun serta baja kimia.

kemudian akan melancarkan Gelombang MADANI Negeri di Dewan Utama Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, sebelum mengakhiri program beliau di Kelantan dengan merasmikan Penutupan PMR 2025 Kelantan pada 2.15 petang di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

PMR 2025 Kelantan yang berlangsung selama tiga hari sehingga hari ini, diterajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) serta disokong oleh pelbagai kementerian dan agensi lain.

Program berkenaan menawarkan lebih 100 perkhidmatan terus kepada rakyat, pameran teknologi terkini serta pelbagai inisiatif mendekati masyarakat melalui pendekatan menyeluruh MADANI.

Bertemakan ‘Sains, Teknologi dan Inovasi untuk Kesejahteraan Rakyat’, PMR 2025 Kelantan mengetengahkan konsep karnival serta penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh yang memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat. – Bernama



Source link