KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki warga Myanmar yang berpatah balik ke rumah kongsi untuk mengambil anaknya yang sedang nyenyak tidur membawa kepada penahanannya dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu di empat lokasi penempatan warga asing di daerah Kemaman dan Dungun, kelmarin. Lelaki terbabit yang pada mulanya melarikan diri kira-kira 250 meter, akhirnya menyerah diri secara sukarela selepas menyedari kawasan rumah pekerja di Taman Industri Paka, Dungun dikepung pegawai penguatkuasa…






