Malaysia Oversight

Konflik Selatan Thai: Malaysia terus galas peranan sebagai pendamai

By Utusan in August 9, 2025 – Reading time 2 minute
Konflik Selatan Thai: Malaysia terus galas peranan sebagai pendamai


BACHOK: Malaysia akan terus menggalas peranan sebagai pendamai dalam usaha meredakan ketegangan terutama keganasan
di Selatan Thailand sebagaimana dicadangkan oleh umat di negara berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim berkata, beliau akan terus berikhtiar supaya proses damai itu berlangsung bagi memboleh kawasan tersebut dibangunkan sekali gus mampu membela nasib umat dan Bahasa Melayu.

“Isu Selatan Thai ini sememangnya urusan dalaman Thailand. Saya sudah menghubungi pemimpin negara berkenaan dan mereka menyatakan kesediaan memgambil usaha bagi menghentikan ketegangan.

“Saya percaya dengan kebijaksanaan kepimpinan negara Thailand, kita (Malaysia) akan terus berusaha mencari pendamaian,” katanya kepada pemberita selepas Program Mahabbah Madani Umara dan Ulama Pondok di Pusat Pengajian Pondok Yayasan (YIK), Kandis di sini malam ini.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, pen­­duduk Islam di wilayah selatan Thailand meminta supaya memainkan peranan sebagai pendamai bagi menamatkan konflik berlarutan di kawasan itu yang sudah meragut ribuan nyawa sejak beberapa dekad lalu.

Konflik di selatan Thailand yang membabitkan wilayah Narathiwat, Pattani, Yala dan sebahagian Songkhla berlarutan sejak awal 2000-an dengan lebih sejuta penduduk majoriti Islam terus mengimpikan kedamaian demi masa depan generasi akan datang.

Mengulas lanjut, yang juga Pengerusi ASEAN berharap usaha mendamaikan Thailand dan Kemboja yang bertelagah sebelum ini akan terus berkekalan.

Katanya, hal ini kerana ia dapat membantu rakan-rakan Islam di sana.

“Begitu juga bila kita (Malaysia) berjaya mengusahakan pendamaian dan mengurangkan ketegangan di Myanmar.

“Serangan terhadap umat Islam Rohingya jauh berkurangan dan Malaysia harus usahakan pendamaian,” ujarnya-UTUSAN





Source link