Malaysia Oversight

Kemudahan visa MEV untuk pekerja Bangladesh berkuat kuasa hari ini

By TheSun in August 9, 2025 – Reading time 1 minute
Kemudahan visa MEV untuk pekerja Bangladesh berkuat kuasa hari ini


: Malaysia memberikan kemudahan Visa Berulang kali (Multiple Entry Visa) (MEV) kepada pekerja asing warga Bangladesh berkuat kuasa hari ini, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam kenyataan memaklumkan menerusi kemudahan itu warga Bangladesh yang mempunyai Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dengan Visa Sekali Masuk (SEV) pada tahun semasa tidak perlu membuat permohonan MEV secara berasingan.

“Kemudahan ini akan diselaraskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pintu-pintu masuk antarabangsa bagi pemegang PLKS yang masih sah. MEV akan diberikan semasa proses lanjutan tempoh PLKS pada tahun berikutnya,“ menurut kenyataan itu.

KDN memaklumkan pelaksanaan kemudahan itu membolehkan kementerian memperkukuh pengurusan keluar masuk pekerja asing yang sah, di samping mengurangkan risiko penyalahgunaan imigresen menerusi sistem pemantauan yang lebih sistematik.

“Ia juga dijangka dapat mengurangkan kesesakan permohonan visa baharu di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

“Pemberian kemudahan MEV ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Bangladesh, khususnya dalam aspek kerjasama buruh yang beretika dan berperaturan,” menurut kenyataan itu.

KDN memaklumkan langkah itu juga memperlihatkan kesediaan Malaysia untuk mempertingkatkan kemudahan dan perlindungan hak pekerja asing yang sah selaras dengan undang-undang perburuhan dan amalan antarabangsa BERNAMA



Source link